05 April 2011

Terasing.

بسم الله الرحمان الرحيم

Terasing. Sama maksud dengan tersisih atau terpisah dari yang lain atau pun dengan kata yang lebih mudah keseorangan atau bersendirian. 

Tak semua orang sedang atau pernah mengalami situasi sebegini. Hanya mereka tertentu sahaja akan merasai pengalaman yang pahit ini.


Bersendirian

Perasaan bersendirian pada hakikatnya merupakan suatu pengalaman yang bersifat negatif. Seseorang boleh mengalami perasaan bersendirian dan terasing atas faktor-faktor yang berbeza. 

Secara umumnya, perasaan bersendirian lebih dialami oleh mereka yang pendiam. Kurangnya interaksi dengan masyarakat sosial (bagi saya, ahli keluarga dan sahabat) di sekeliling adalah disebabkan kurangnya kemahiran komunikasi, atau pun kemahiran 'beramah mesra' dan sebagainya. 

Dalam konteks kehidupan sebagai seorang pelajar, seseorang itu bersendirian mungkin kerana pengalaman yang menuntut dia bersendirian walau hakikatnya dia tidak ingin bersendirian. Contohnya mereka yang tercicir dari mereka yang terkehadapan. Ah, berlapiknya cakap. Senang cakap, golongan yang terpaksa bersendirian adalah mereka yang gagal dalam peperiksaan akhir tahun yang menyebabkan mereka tidak dapat bersama-sama mereka yang berjaya meneruskan pelajaran baru dan tidak perlu mengulang tahun belajar yang sama.


Mengasingkan diri

Bilamana terjadinya situasi sedemikian, pelbagai emosi dan rasa hadir dalam diri. Sedih, kecewa, lemah semangat, rendah diri, serta segan dengan mereka yang lebih berjaya. Bila segan menyelubungi diri, secara sendirinya terasa ingin mengasingkan diri.

"Eh, kenapa malu? Alah, buat biasa-biasa je. Kita kan masih satu batch."

Terdiam. Sepi tiada jawapan. Hanya mampu memberi senyum yang dibuat-buat. 

Untuk buat biasa-biasa itu lah yang payah bila rasa lain dengan yang lain itu hadir. Ada jurang yang memisahkan. Ah, susah untuk terangkan. Hanya mereka yang melaluinya dapat merasainya dan memahami perasaan lain itu.


Bukan Salah Siapa-siapa

Jangan tuduh mereka, usah salahkan mereka. Mereka mungkin tidak menyisihkan mereka dan bukan kehendak mereka sepenuhnya untuk menyendiri, mengasingkan diri. Sebenarnya, faktor perbezaan antara mereka menyumbang ke arah pengasingan ini. Perbezaan dari segi ujian hidup yang menimpa diri masing-masing, perbezaan langkah perjalanan hidup yang mendatang dan lain-lain.

Mereka harus hormati mereka andai ada mereka mengasingkan diri. Cubalah selami dan fahami mereka serta berilah peluang dan ruang untuk mereka. Bukan niat untuk memutuskan ukhuwah kerana persahabatan tidak pernah ada putusnya. Hakikatnya, situasi ini lah yang menampakkan nilai ukhuwah yang sebenar. Siapa di antara mereka sebenarnya sahabat sejati, yang setia bersama ketika senang mahu pun susah, ketika suka dan duka.


Dari Nu'man bin Basyir r.a., Rasulullah s.a.w bersabda,

"Perumpaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur."
(Hadis Riwayat Muslim)



Kongsikan Semangat, Titipkan Doa

Mereka memiliki emosi yang tidak stabil terutamanya pada awal ujian sebegitu hadir. Peranan anda? Jangan buat mereka rasa lebih tersisih. Pinjamkanlah semangat untuk mereka yang jatuh kerana bukan mudah untuk bangkit setelah jatuh. Berikanlah kata-kata yang menguatkan diri mereka untuk menghadapi segala ketentuan dari Allah yang Maha Mengetahui. Andai tidak berupaya meluahkan kata-kata, doakan mereka.


Daripada Abu Darda' r.a.: Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Doa seorang Muslim kepada saudaranya yang Muslim dengan tanpa diketahui olehnya adalah mustajab, (ketika berdoa) akan ada di dekatnya seorang malaikat muwakkal (pesuruh) setiap ia berdoa untuk saudaranya itu dengan sesuatu kebaikan (malaikat itu akan berkata: Amin! Dan bagi engkau kebaikan yang sama."
(Hadis Riwayat Muslim)


Wallahu'allam..



Nota: mereka/anda = mereka yang lebih berjaya, mereka = mereka yang kurang berjaya

Nota 1: Maaf andai ada yang terasa.

Nota 2: Sendiri by Tashiru.

12 comments:

Izzati Hashim said...

*tersenyum*

benar. hanya yg merasainya juga yg 'memahaminya'.

dan sesungguhnya kerana ujian sebegitu baru kita tahu siapa kawan sejati. :D

kakak, awak ada saya. saya ada awak. kita share semangat tu sama2 yer (=

utk kamu,

ujian yg menimpa mendekatkan kita,
mengeratkan lagi tautan ukhwah yang terjalin,
andai setitis air mata jatuh ke pipimu,
ingatlah ada seribu semangat membahumu dari belakang.
Hakikatnya,
pedih, sakit itu
hanya utk seketika,
bersabarlah.
Moga tarbiah dari DIA,
mampu terus mendekatkan kita padaNya.

*nak peluk tapi jauh*

p/s : ni nape ni, luahan hati terbuka ni hehehe. =P

Izzati Hashim said...

arghh. saya hanya pandai berkata-kata, saat terjatuh kena ada tangan juga yg menghulur :D

W Nurhadhirah A said...

Jazakillahu khairan kathira Izzati Hashim~ Awak memang adik yang baik =)

Tak mengapa. Pandai berkata-kata untuk memujuk diri dan orang lain. Walaupun hakikatnya diri sendiri tidak terkesan dek perasaan negatif mengatasi perasaan positif.

Dan kerna itulah terciptanya sahabat.
Mereka ada.
Bersedia menghulurkan tangan
membantu kita utk bangkit kembali,
meminjamkan telinga
mendengar luahan hati kita,
menghadiahkan pelukan
utk mengalirkan semangat ke dalam diri,
dan mendoakan kita tanpa kita mengetahuinya.

Hari ini, diri masih mampu untuk berdiri kerana mereka lah meminjamkan semangat, mereka lah yg terus mendoakan..

InsyaAllah, mudah2an terus sabar utk ujian sekecil ini agar dpt bertahan utk ujian yg lebih besar.

*peluk dari jauh*

~err, terbuka sgt ke? alamak, kena delete la entry ni nmpknye :P

Izzati Hashim said...

oh. saya tahu itu. hahaha *mc't perasan*

InsyaAllah, kita kuat. KIta boleh tempuhi semuanya. InsyaAllah.

hanya kena bertahan utk dua tiga bulan je lagi utk semua ni akan berakhir. nak mengakhiri segalanya. Sebab dah penat hehehe.

p/s : naa. jgn delete la. Saya main2 sahaja =P

W Nurhadhirah A said...

hahaha xyah gtau pn awk mmg tau dh kn.. xnk bgtau cm tu la lenkali :P

Ameen3.. insyaAllah =)

p/s: da mtk maaf siap2 kt bwh entry tu. xpe je kn keep dis entry, kenangan menulis dgn penuh emo n x bniat pn nk kate kt sape2. huhu
(mcm la ad org bace. ahaha XD)

Izzati Hashim said...

hohoho. itulah saya :D

naa. tak kisah pun, agpun. Saya punya blog, suka hati lah. Mcm tu la lebih kurang hehehe =P


p/s : org yang mengomen ni haa yg baca :D

nieyna_90 said...

Em...
tiap2 orang ada maslaah masing2..
orang yang pernah Allah cmpakkan rasa cinta je yg tahu bgmana 'cinta' tu menikam..
orang yg dikurnia kekurangan je tau bgmana rasanya ada rasa kurang, apatah lagi dihina oleh mereka yg 'tak rasa kurang'..
sume tu ujian perasaan yg pedih tak terkata.
n sume tu ujian yg akn dialami oleh stiap orang, cepat atau lambat, semua orang akan kena.
org yg terlebih dahulu terkena ujian, tggungjwbnya memberi smangat kpd org kemudian,dgn penuh perasaan 'empathy' bukan hanya simpati.

itulah hikmah..semuanya kembali pada Allah.ada masalah perasaan yg tak dpt diuruskan, bru dpt rasa tenang bila igt Allah.,lepastu, jgn lah kita biarkan diri lupa kat Allah lagi, time snang atau susah.

gudlak kak dhirah.
jgn sedey2,
kita tak bersendirian,
ramai lgi yg Allah bg ujian sama,
utk lihat siapa yg paling kuat meletakkan 'pengharapan' pada Allah semata2, bukan lagi kat makhluk.

"Lepaskan dirimu daripada 'berharap' kepada makhluk, maka kau akan rasa kenikmatan 'berharap' pada Sang Khalik."

Anonymous said...

"klu org lain boleh buat,kenapa kita xleh buat?"..
kegagaln adalah langkah pertama untutk KEJAYAAN.
utk pengetahuan,saya juga beberapa kali pernah gagal dgn teruknya.tp kegagalan itu pembakar semngat yg mebawa kpd kejayaan saya hari ini..

ingatlah Allah sentiasa bersama kita
senyum sokmo neh :)

W Nurhadhirah A said...

@Nina: yup, di sebalik semua yang berlaku, ade hikmahnya, ade pahitnya dan ade manisnya :)

jzkk nina ats kata2 yg menusuk hati n pmbakar semangat.
sgt stuju yg Allah beri ujian yg sama pd org lain dan di situlah Allah kn nilai sejauh mane hambaNya yakin sepenuh harapan kpd Nya..

nina pn keep strong k!

W Nurhadhirah A said...

@Anonymous: betul. kegagalan brmakna belum berjaya dan masih ada jalan untuk mencapai KEJAYAAN itu.

tahniah ats kejayaan mnjadikan kegagalan sbg pemangkin semangat diri. mudah2an trus dikurniakan kejayaan di dunia n akhirat hendaknya..

syukran. insyaAllah :)

Puteri said...

dhira ^^.

pertama: dah lama xjumpa kan? betul dhira cakap situasi yang menyebabkan keterasingan itu. betul juga dhira cakap ukhwah itu tak akan putus. inshaAllah kita akan saling mendoakan. (maaf kalau ada hak tak tertunai)

kedua: setiap orang melalui kegagalan, yang beza ada kegagalan yang terzahir di mata manusia, ada kegagalan yang tidak terzahir di mata manusia tapi pada Allah. berbahagialah orang-orang yang berjaya pada pandangan Allah, dan berjaya meyakinkan diri yang pandangan Allah adalah segalanya. mudah berkata-kata tetapi perlu pengorbanan diri dan kematangan perasaan untuk realisasikan. Kita saling mendoakan ye ^^

ketiga: jemput datang rumah saya!

W Nurhadhirah A said...

puteri mira ^^

pertama: tula, lama sgt x jumpa. huhu. insyaAllah, saling mendoakan. itu yg trbaik =)

kedua: sangat setuju! moga sama-sama kuat~

ketiga: hehe. insyaAllah. jemput dtg rumah jgk!