27 March 2011

Senyum (◕‿◕✿)

Assalamualaikum wbt.

Senyum (◕‿◕✿).
Definisi senyum ialah gerak bibir yang ternaik pada hujungnya yang membayangkan rasa suka, geli hati, setuju dan sebagainya. Macam lukisan dalam gambar di bawah ni :).


Apa-apa pun tujuan seseorang itu, senyum adalah satu perlakuan yang menyenangkan diri sendiri bahkan orang lain. Yang menyenangkan pula merujuk kepada senyuman yang manis disertai keikhlasan dan yang berpada-pada, bukan berlebih-lebihan yang boleh dianggap pelik dan menimbulkan rasa kurang selesa.


Hukum Senyum

Ada lima hukum senyum:
  • Wajib senyum: Senyum seorang anak kepada ibu bapa, senyum seorang isteri kepada suami. Ianya menyenangkan hati mereka.
  • Sunat senyum: Senyuman buat sahabat-sahabat yang sama jantina. Perempuan kepada perempuan. Lelaki kepada lelaki.
  • Harus senyum: Senyum kepada orang-orang yang telah memberi bantuan kepada kita. Tidak kisah jika berlainan jantina. Asalkan tidak berlebih-lebihan.
  • Makruh senyum: Senyum sorang-sorang. (Mungkin ketika berangan :D)
  • Haram senyum: Senyum kepada kawan-kawan yang berlainan jantina yakni perempuan kepada lelaki mahupun lelaki kepada perempuan.


Fakta Menarik Tentang Senyum


Banyak fakta menarik tentang senyum ni. Bagi saya, fakta yang paling menarik dan bermakna yang dikongsikan dalam blog Media Jer! ni adalah:

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.


Benar. Senyum merupakan ubat kepada kesedihan. Bila rasa diri sedih yang amat, paksalah diri untuk tersenyum. Kalau tak boleh tersenyum dengan sendirinya, cubalah pandang mereka yang ceria dan tersenyum. InsyaAllah kesedihan yang dialami akan berkurangan.


Senyum Itu Sunnah Rasulullah SAW

Senyuman adalah ciptaan indah Allah SWT. Senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW sepanjang hayatnya.

Kata Saidina Umar,

"Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya."
(Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)

Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan,

"Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW."
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah yang mana direkodkan oleh Imam At-Tirmidzi, beliau berkata:

"Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja yang mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas."

Nah. Lihat saja insan yang paling mulia di sisi Allah ini. Sifat Baginda yang pemurah dengan senyuman membuatkan ramai menyenangi Baginda. Kita sebagai insan biasa haruslah meneladani sifat dan tingkah laku Baginda yang sememangnya disukai Allah SWT.



Senyum Itu Sedekah


Senyum tanda sayang. Senyum tanda mesra. Senyumlah sedekah yang paling mudah.

"Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api."
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Namun ada juga yang sukar memberi senyuman, mungkin jiwanya sakit atau dalam dirinya tertutup pintu kebaikan dan kebajikan. Adakah diri kita termasuk di kalangan golongan ini? Tepuk dada, tanya iman. Moga dijauhkan~



Senyum, Tak Perlu Kata Apa-apa


Tersenyumlah selagi mana kita masih boleh menguntumkan senyuman. Senyumlah kerana ia bukannya payah. Hanya 17 otot-otot di muka yang digunakan untuk senyum berbanding 43 otot-otot di muka untuk mengerutkan dahi. (◕‿◕✿)


´¯`•.•★ Ukirlah senyuman yang paling manis kerana selain menjadi sedekah, senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati dan senyuman itu tidaklah menyakitkan tetapi menjadi penawar hati yang sakit. ★•.•´¯`

rindu budak comel ni! >_<

Ikhlas dan sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil, senyum yang sebenarnya senyum, senyum yang tidak disertai apa-apa.
(Hamka)

^_^


4 comments:

Izzati Hashim said...

senyum seindah suria, yang membawa cahaya, senyumlah dari hati, duniamu berseri...

(smbung sendiri, dah tak ingat) =P

senyum sokmo! (=

W Nurhadhirah A said...

senyum umpama titian, dalam kehidupan,
kau tersenyum, ku tersenyum
KEMESRAAN menguntum...

yeah~ u too, senyum sokmo2! =)

Anonymous said...

alhamdulillah..dh makin caria blog ni.moga tuan tanah pn ceria jugak. =)

W Nurhadhirah A said...

@Anonymous

Alhamdulillah =)
insyaAllah, mudah2an~ wa iyyak =)