16 January 2011

Penawar Dari Makanan

Makanan terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan kumpulan makanan yang mempunyai pelbagai khasiat. Antaranya:

1. LOBAK MERAH (yang sepatutnya dinamakan Lobak Oren? Hehe :P)

 


- Baik untuk penglihatan

- Baik untuk diet seharian bagi memastikan kesihatan kekal di tahap yang optimum

- Ia mengandungi serat dan karotena iaitu sejenis vitamin A yang membantu membersihkan sistem penghadaman serta MEMBUANG SISA LEMAK dengan cepat.

    *Sape2 mau kurus, sila la 'jadi' seperti arnab :D


    2. BROKOLI



    - Berupaya melindungi saluran pernafasan daripada alergen dan pencemaran dengan mengaktifkan sistem antikeradangan semula jadi. Kuasa fitonutrein, sulforaphane ini boleh ditemui pada semua sayuran daripada famili Brassica seperti kubis bunga, kubis, bok choy dan kale. [Hasil kajian penyelidikan dari Universiti California, Los Angeles]


    *Oh, mesti dan kena sukakan sayur ini! ~_~"

    3. PISANG



    - Jika berasa tertekan, segeralah makan sebiji pisang. Dengan hanya 105 kalori dan 14g gula, pisang bersaiz sederhana mampu mengenyangkan anda di samping meningkatkan paras gula darah.

    - Ia juga mengandungi 30% daripada jumlah vitamin B6 yang diperlukan tubuh dalam sehari, yang membantu otak merembeskan serotonin, hormon yang membolehkan anda melalui krisis dengan tenang.

      *Suka pisang, tapi selalu takde bila tertekan~

      4. STRAWBERI






      - Sejenis buah berwarna merah berasal dari negara-negara bercuaca sejuk dan digemari kerana keenakannya.

      - Strawberi bernilai tinggi dalam perubatan tradisional.

      - Buah ini kaya dengan vitamin C yang baik dimakan untuk menjaga kesihatan kulit.
      - Daunnya pula direbus dan airnya digunakan untuk mencuci dan mengubati kudis mahupun luka-luka. Daun strawberi yang telah direbus ditampal ke bahagian-bahagian luka atau berkudis bagi meredakan kesakitan.

        *Doktor di Mesir kata saya alergi pada strawberi.. Tapi selamba je makan :))

        5. KUCAI



        - Daun kucai mengandungi vitamin B, C, karotena dan komponen belerang.

        - Berfungsi sebagai antiseptik untuk membunuh bakteria dalam usus dan menjadi perangsanag dalam proses pengecutan serta pengembangan usus.

        Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus mengelakkan pembekuan darah berlaku.

        - Kucai boleh dimakan sebagai sayur atau daunnya ditumbuk hingga lumat dan dicampur air panas lalu diminum untuk menurunkan tekanan darah tinggi, penyakit keputihan serta senggugut.

          *No comment sebab x kenal sangat si kucai~ tapi boleh diamalkan, sangat baik dalam mengubati masalah wanita :)

          6. BENDI

          - Mengandungi 2% protein, 7% karbohidrat dan 1% serat.
          - Juga kaya dengan zat galian dan vitamin terutamanya kalsium yang sesuai untuk perkembangan otak.
          - Dalam bidang perubatan, bendi digunakan sebagai perangsang bagi buangan air kecil serta berkesan untuk merawat gonorea, sifilis dan bengkak saluran kerongkong mahupun hidung.

          *Biarpun berlendir, telan je laa.. Tak kan sia-sia!


          ~Disalin daripada buku Yaumiyat Lil Muslimah =)

          6 comments:

          Anonymous said...

          em..lobak tu baik utk mate.
          jd mkn la lobak tu..bru blh buang spek.hehe

          wnha ws said...

          [Anony] sapekah anda ini? hoho.. anyway, thanx 4 advise!

          Anonymous said...

          em..x perlu tau.
          jzzk.. :D

          Anonymous said...

          pape pn..sye jarang mkn lobak [oren?].hasilnye..sye pn rabun[silau].hoho..

          wnha ws said...

          ok, as u wish~

          rugi x suke makan lobak :D
          sy makan pn leh rabun jgk..hoho..

          anyway, prevent is better than cure and prevent early is much better :)

          Anonymous said...

          em..btol2 stuju!!
          sangat x suke pakai spek..adoii[smpai skang x wat spek].mate dh cam org cine[sepet] ble dlm kuliyah.huhu =_=

          kne mkn lobak byk2 ni..