18 January 2011

Januari; Bulan Istimewa =)

Memang istimewa.
Kenapa?
Sebab bulan Januari merupakan bulan kelahiran mereka,
insan yang penting dalam hidup saya =)

Sebelum tu, nak kongsi Rahsia Tarikh Lahir Mengikut Bulan hasil kajian Dr. Fadhilah Kamsah.

klik pada gambar untuk tulisan yang lebih jelas

Ok. Masing-masing cek balik, kena ke tak dengan diri tu ye~ 
Tak nak komen lebih-lebih :D
Lagipun ini hanyalah sekadar kajian, 
tak semestinya ada 100% dalam diri seseorang yang lahir bulan 1 ni.

Sengaja buat post ni hari ni, 19 Januari 2011 meraikan ulang tahun kelahiran dia,
adik perempuan bongsu saya! =)


Sebelum dia, ada 2 tarikh kelahiran 2 orang yang merupakan insan yang saya sayang, iaitu;

1. WNAN a.k.a. Ateh a.k.a. Afrah Efiey (bwekkk :P)

1 Januari

Setiap kali tahun baru memang akan terus ingat hari lahirnya. Yelah, lahir pada awal tahun~
Dia seorang yang berbeza saya kira. Pernah mengalami pengalaman dimasukkan wad ketika masih kecil atas faktor penyakit yang sangat membimbangkan. Alhamdulillah, dengan izinNya dia masih dikurniakan nikmat hidup. Apa yang istimewa dan berbezanya dia ni, dia sekarang sedang belajar semester ke 2 di UiTM Chendering sedangkan kalau dikira daripada tahun lahirnya iaitu 1993, dia ni sepatutnya tengah tunggu keputusan SPM. Tapi dia ambil SPM lagi awal dari rakan sebayanya! Bukan sebab dapat lompat kelas lepas lulus Ujian PTS, tapi percuma dia dikira setahun lagi tua dari umur sebenar masa dia darjah 3 kalau tak silap. Terpaksa la dia naik darjah 4 tahun tu.. Tak payah ambil Ujian PTS, terus lompat kelas! Untung la dia, umur muda, belajar lagi awal dari orang lain. Huh, jeles~

2. My Father, My Hero =)

2 Januari

3. Sahabat, Liyana Mas


12 Januari

4. Sahabat, Fana


27 Januari

Tak lupa juga ucapan SELAMAT HARI LAHIR 
buat golongan anak Januari yang lain!

Moga diberkati usia yang lalu dan akan datang.
Moga dipermudahkan segala urusan yang baik.
Moga berjaya di dunia dan di akhirat.
Moga sentiasa dirahmatiNya.





Nota: Bertambahnya usia, selangkah hampir kita ke arah kehidupan yang kekal abadi, iaitu KEMATIAN.

Nota 1: Muhasabah diri kembali, adakah usia yang lalu digunakan sebaiknya?

2 comments:

dhiya_rs said...

ooo...ramainya ahli kelurga yg lahir bulan januari:) sanah helwa..moga sentiasa dibwh rahmat Allah..

terima kasih jugak utk poster yg comel tu dan doa2 di dlmnya:)

wnha ws said...

aah :)
ameen..wa iyyaki..
sama2 kasih :)