بسم الله الرحمان الرحيم
Mei, bulan yang banyak peristiwa.
13 Mei : Peristiwa Berdarah
Tanggal 13 Mei 1969, telah berlakunya pertelingkahan antara kaum di Malaysia. Hakikatnya, pelbagai faktor yang mendorong terjadinya tragedi berdarah ini yang banyak meninggalkan kesan terhadap ekonomi, politik dan sosial masyarakat Malaysia.
Tak mahu mengulas panjang. Boleh rujuk di SINI.
15 Mei : يوم النكبة
Tak ramai di antara kita mengetahui apa yang telah berlaku pada 15 Mei sejak 63 tahun yang lalu. Diri ini juga baru mengetahuinya semenjak dikelilingi biah yang berbeza dari Malaysia.
Hari Nakba yang bermaksud hari kecelakaan merupakan hari memperingati pencerobohan dan pemusnahan lebih 500 bandar dan kampung di Palestin pleh tentera Israel yang menyebabkan lebih 700, 000 warga Palestin menjadi pelarian. Tarikh 15 Mei dipilih sebagai sambutan Hari Nakba setiap tahun kerana tarikh tersebut mandat British di Palestin berakhir dan penubuhan negara Israel diisytiharkan secara rasmi.
Pada 13 Mei 2011 yang lalu, Intifadhah Palesin yang ke 3 telah dilancarkan bermula selepas solat subuh di sekitar Kaherah, Mesir. Sama-sama doakan mudah-mudahan perjuangan mereka lancar dan dipermudahkan. Amin.
اللهم انصر الإسلام والمسلمين في فلسطين وفي كل مكان وفي كل زمان
Hari Nakba, hari yang patut diingati oleh seluruh masyarakat Islam. Selama 63 tahun rakyat Palestin telah ditindas. Tanya diri kembali, selama kita hidup ini, apakah yang telah kita lakukan dalam membantu meringankan beban yang mereka hadapi? Hakikatnya, kita lalai dengan kesenangan yang hadir dalam hidup, lupa akan kesusahan yang dialami umat Islam yang lain.
Ayuh semua! Jom boikot barangan Israel dan Yahudi, sama-sama doakan saudara muslim kita di sana.
Palestin: Do you care??
16 Mei : Selamat Hari Guru!
Setiap tahun kat sekolah, tak kira sekolah rendah atau pun sekolah menengah, 16 Mei la tarikh paling menggembirakan buat cikgu. Yelah, dapat banyak ucapan dari anak-anak muridnya, hadiah pun tak ketinggalan dan semestinya doa yang diselitkan dalam ucapan. Semuanya kerana 16 Mei merupakan Hari Guru, hari istimewa buat seorang insan yang bergelar pendidik.
Guru, cikgu, ustaz, ustazah, sir atau teacher merupakan insan yang diibaratkan seperti lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Mereka sudi mencurahkan ilmu yang ada, berkongsi pengalaman sebagai orang yang terlebih dahulu makan garam dan berkorban jiwa, masa serta tenaga dalam mendidik seorang manusia untuk menjadi insan yang berguna. Sungguh, tanpa mereka, mungkin kita kan sesat dan dibelenggu kegelapan.
Tiba Hari Guru, kita tak pernah lupa mengucapkan "Selamat Hari Guru! Terima kasih cikgu!" kepada cikgu-cikgu. Tapi, pernah kah kita terfikir bahawa kedua ibu bapa kita juga guru kita? Malah mereka merupakan guru PERTAMA kita sesaat lahirnya kita di dunia ini. Mereka yang mengajarkan kita bagaimana membezakan perkara baik dan buruk sejak dari kecil lagi. Saat kita melakukan kesilapan, mereka yang menegur kita, menasihati kita, membimbing kita untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama. Hakikatnya, ibu bapa merupakan guru SEPANJANG HIDUP kita.
Oleh itu, hargailah setiap titik peluh dan jasa ibu bapa kita dan guru-guru yang banyak mengajar kita erti hidup di dunia ini. Buat mak dan wae serta semua tenaga pengajar yang pernah mengajar diri ini, semoga Allah memberkati segala ilmu yang telah dicurahkan, meredhai usaha yang telah dilaksanakan dan mudah-mudahan Allah merahmati kehidupan kalian. Terima kasih atas segalanya. :)
17 Mei : Hari Lahir WMF
Lahirnya seorang kanak-kanak lelaki, pelengkap kepada keluarga kami. Satu-satunya adik lelaki yang saya ada, Wan Muhammad Fahmi, si bongsu yang nakal dan manja.
Lahirnya seorang kanak-kanak lelaki, pelengkap kepada keluarga kami. Satu-satunya adik lelaki yang saya ada, Wan Muhammad Fahmi, si bongsu yang nakal dan manja.
si nakal~
Teringat masa berada di Malaysia, dia la yang suka bermanja dan bergurau dengan kakak dia ni. Tapi suka jugak bergaduh dan merajuk sampai menangis. Haha, budak manja~ Bila jauh, tiap kali je buat panggilan ke Malaysia, tak nak langsung cakap dengan Kak Ngah dia ni. Tadi je baru sudi nak bercakap, siap minta maaf lagi. Hoho, adikku sorang ni~
Selamat Hari Lahir Adik!
Moga lebih rajin belajar.
Moga lebih istiqamah belajar solat.
Moga cepat membesar sebab awak tu kecik sangat~
Moga terus menceriakan kami.
=)
Setiap Hari Itu Bermakna
Ya. Hari-hari adalah hari yang bererti buat kita yang masih hidup. Hakikatnya, setiap saat itu bermakna. Bersyukurlah kerana Allah masih pinjamkan nyawa buat kita. Gunakan sebaiknya peluang yang ada dengan bertaubat daripada kesalahan yang dilakukan hampir setiap hari. Sama-sama kita berusaha menjadi sebaik-baik insan yang bernama manusia!
"Manusia tidak boleh dinilai daripada banyak bilangannya atau besar ukuran tubuhnya. Maka begitu jugalah umur manusia, tidak seharusnya dipandang daripada panjangnya (hidup) kerana kadang-kadang manusia diberi umur panjang tetapi tidak ada berkatnya. Manakala ada orang yang singkat usianya tetapi dapat berbuat banyak, melakukan pelbagai kebajikan, dan malah melakukan amal yang terbaik."
(Syeikh Dr Yusuf Qadhrawi)
Wallahua'lam.
0 comments:
Post a Comment