27 March 2011

Senyum (◕‿◕✿)

Assalamualaikum wbt.

Senyum (◕‿◕✿).
Definisi senyum ialah gerak bibir yang ternaik pada hujungnya yang membayangkan rasa suka, geli hati, setuju dan sebagainya. Macam lukisan dalam gambar di bawah ni :).


Apa-apa pun tujuan seseorang itu, senyum adalah satu perlakuan yang menyenangkan diri sendiri bahkan orang lain. Yang menyenangkan pula merujuk kepada senyuman yang manis disertai keikhlasan dan yang berpada-pada, bukan berlebih-lebihan yang boleh dianggap pelik dan menimbulkan rasa kurang selesa.


Hukum Senyum

Ada lima hukum senyum:
  • Wajib senyum: Senyum seorang anak kepada ibu bapa, senyum seorang isteri kepada suami. Ianya menyenangkan hati mereka.
  • Sunat senyum: Senyuman buat sahabat-sahabat yang sama jantina. Perempuan kepada perempuan. Lelaki kepada lelaki.
  • Harus senyum: Senyum kepada orang-orang yang telah memberi bantuan kepada kita. Tidak kisah jika berlainan jantina. Asalkan tidak berlebih-lebihan.
  • Makruh senyum: Senyum sorang-sorang. (Mungkin ketika berangan :D)
  • Haram senyum: Senyum kepada kawan-kawan yang berlainan jantina yakni perempuan kepada lelaki mahupun lelaki kepada perempuan.


Fakta Menarik Tentang Senyum


Banyak fakta menarik tentang senyum ni. Bagi saya, fakta yang paling menarik dan bermakna yang dikongsikan dalam blog Media Jer! ni adalah:

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.


Benar. Senyum merupakan ubat kepada kesedihan. Bila rasa diri sedih yang amat, paksalah diri untuk tersenyum. Kalau tak boleh tersenyum dengan sendirinya, cubalah pandang mereka yang ceria dan tersenyum. InsyaAllah kesedihan yang dialami akan berkurangan.


Senyum Itu Sunnah Rasulullah SAW

Senyuman adalah ciptaan indah Allah SWT. Senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW sepanjang hayatnya.

Kata Saidina Umar,

"Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya."
(Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)

Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan,

"Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW."
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah yang mana direkodkan oleh Imam At-Tirmidzi, beliau berkata:

"Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja yang mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas."

Nah. Lihat saja insan yang paling mulia di sisi Allah ini. Sifat Baginda yang pemurah dengan senyuman membuatkan ramai menyenangi Baginda. Kita sebagai insan biasa haruslah meneladani sifat dan tingkah laku Baginda yang sememangnya disukai Allah SWT.



Senyum Itu Sedekah


Senyum tanda sayang. Senyum tanda mesra. Senyumlah sedekah yang paling mudah.

"Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api."
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Namun ada juga yang sukar memberi senyuman, mungkin jiwanya sakit atau dalam dirinya tertutup pintu kebaikan dan kebajikan. Adakah diri kita termasuk di kalangan golongan ini? Tepuk dada, tanya iman. Moga dijauhkan~



Senyum, Tak Perlu Kata Apa-apa


Tersenyumlah selagi mana kita masih boleh menguntumkan senyuman. Senyumlah kerana ia bukannya payah. Hanya 17 otot-otot di muka yang digunakan untuk senyum berbanding 43 otot-otot di muka untuk mengerutkan dahi. (◕‿◕✿)


´¯`•.•★ Ukirlah senyuman yang paling manis kerana selain menjadi sedekah, senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati dan senyuman itu tidaklah menyakitkan tetapi menjadi penawar hati yang sakit. ★•.•´¯`

rindu budak comel ni! >_<

Ikhlas dan sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil, senyum yang sebenarnya senyum, senyum yang tidak disertai apa-apa.
(Hamka)

^_^


17 March 2011

Sakit Itu Nikmat

Alhamdulillah, sudah 4 hari ada di Cairo, Mesir. Teringat masa sampai di Cairo International Airport, sejuuukk! 10 °C masa tu. Perubahan suhu dan cuaca yang drastik! No wonder la sekarang ramai tak berapa sihat~ Selsema. Hidung tersumbat. Demam. Sakit Tekak. Batuk. Sakit kepala. Mesti kena salah satu penyakit ni kecuali mereka yang ada immunity tinggi la. Kalau kena semuanya memang seksa (feel it T_T).

Tapi wahai diri dan sahabat, usah bersedih andai sakit menimpa diri. Bersyukurlah, kerana Allah sayangkan dirimu.

"Mengapa Allah akan menyiksamu, jika kamu bersyukur dan beriman. Dan Allah adalah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui."
(QS. An-Nisaa: 147)

Ketahuilah, sakit itu sebenarnya penghapus dosa.

Dalam satu waktu, Rasulullah SAW menjenguk Salman al-Fahrisi yang tengah berbaring sakit. Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkanNya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapus dosa-dosamu."


"Tidaklah orang Muslim ditimpa cobaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya."
(HR. Bukhari-Muslim)

"Tidaklah seorang muslim tertimpa keletihan, sakit, kebingungan, kesedihan hidup, atau bahkan tertusuk duri, kecuali Allah menghapus dosa-dosanya."
(HR. Muttafaq Alaih) 

Suatu ketika nanti, kita akan TERSENYUM tatkala mengenang KESAKITAN2 yang kita rasakan kini, kerana ia bakal menjadi CORETAN yang membuat kita kenal akan erti KETABAHAN juga KESABARAN. Biarkanlah diri kita terus BERJUANG untuk melawan rasa sedih, duka, hiba, kecewa & sakit ini dengan sentiasa BERLAPANG DADA & BERSYUKUR sentiasa~ InsyaAllah.. Allahumma Amin =)

syafakillah untuk saya dan antunna

syafakallah untuk antum


Nota: Sakit yang menimpa diri hanyalah kecil kalau nak dibandingkan dengan apa yang menimpa di Jepun. Sama-sama ambil iktibar daripada peristiwa tsunami yang melanda negara matahari terbit baru-baru ini. Amaran dariNya, kiamat semakin menghampiri kita~

11 March 2011

Kembali Untuk Pergi~

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Lama sudah tak menulis. Hampir 3 minggu KBP ni dibiar berhabuk. Fuuuhhhhhh fuuuuuuuuhhhh fuuuuuuuhhhhh, berlalu la wahai habuk-habuk :D. Sebut pasal habuk ni, teringat plak dekat bilik di Abou Risy nuh. Apa kaba la bilik terasing tu? Mesti dah ber-inci-inci tebalnya habuk-habuk, debu-debu & yang sewaktu dengannya. Sahabat yang balik Malaysia mengejut selama lebih kurang sebulan dan kembali mengejut ke Cairo 2, 3 hari lepas ni pun buat status "berdebunya rumah!". Bilik yang dah ditinggalkan berbulan-bulan tu confirm berdebuuu! Projek mengemas bilik dan rumah menanti la nampaknya~ 

12032011
Akan pulang dari Malaysia

13032011
Akan tiba di Cairo

Hari ni hari Jumaat terakhir di Malaysia untuk tahun ni. Perasaan? Bercampur.   

Sedih sebab akan berjauhan dengan keluarga. Lebih-lebih lagi tak sempat jumpa abang dan 2 orang adik :(

Teruja sebab dapat meneruskan perjuangan menuntut ilmu di Ard Kinanah.

But no more DSLR T_T

Apa-apa pun, kena kuat semangat dan tabah untuk berpisah sekali lagi (yang lebih panjang tempohnya). Harap dapat bawa semangat dari Malaysia ke Mesir nuh. Kang kalau tak terbawak, naya la diri sendiri, sia-sia je berbulan-bulan dok kat Besut nuh. Huhu~

Mudah-mudahan segala urusan perjalanan dari sini ke sana berjalan dengan lancar dan dipermudahkanNya. 

Dari Anas r.a, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah berdoa:
Maksudnya: “Ya Allah tidak ada kemudahan selain apa yang Engkau jadikan mudah dan Engkau dapat menjadikan perkara sulit menjadi mudah jika Engkau kehendaki” 
(H.R Ibn Hibban dan sanadnya dihukum sahih bertepatan dengan syarat Muslim dalam kitab al-Silsilah al-Sahihah, No. 2886).
Ameen :)
Nota: Looking forward to "NEW EGYPT". Really new? Dunno, just wait and see~