08 February 2011

MISR..

Assalamualaikum semua~

Lama tak update blog ni. Sejak peristiwa 25 Januari 2011 berlaku di Mesir, diri menjadi sibuk. Bukan tak menghadap laptop, bukan tak membuka internet, cuma tak berkesempatan untuk menaip entry baru. 


Sejak terpisah hubungan dengan sahabat-sahabat kat Mesir, router internet kat rumah yang biasanya ditutup bila tak diguna dibuka 24 jam. Laptop pun dibiar terbuka lama walaupun tahu ia 'penat' dan cepat panas (dek tak bawak balik cooler, guna cooler yang sangat kecik kalau nak banding dengan laptop gabak ni). Semua ni tak kisah dah, asalkan dapat tau perkembangan yang berlaku kat Mesir. Laman web Al Jazeera English (AJE) yang dah lama tak buka, tetiba menjadi laman web favourite sejak 25 Januari yang lepas. 




Tau tak apa yang berlaku pada 25 Januari ni? Sesiapa yang tak tahu tu memang tak tau la nak kata apa. Bukan apa, ini isu dunia, isu perjuangan umat Islam dan juga melibatkan mereka, pelajar & rakyat Malaysia yang berada di sana. Banyak medium yang telah diwar-warkan tentang apa yang terjadi di seluruh Mesir ni. Berita yang disiarkan dalam tv, di dada-dada akhbar, malah siap ada page Selamatkan Pelajar dan Rakyat Malaysia di Mesir kat FB. Rasanya seluruh Malaysia mengetahuinya, melainkan mereka yang tidak peka dengan isu semasa dan tidak sensitif dengan perjuangan dalam menegakkan kebenaran.

 25 Januari merupakan hari cuti di Mesir sempena National Police Day (Egypt). Hari tersebut telah dipilih oleh rakyat Mesir untuk berhimpun mengadakan protes terhadap presiden mereka, Hosni Mubarak (HM). Kenapa? Ha, rajin-rajinlah KLIK untuk kenal siapa HM sebenarnya. Rakyat Mesir dah tak tahan berada di bawah pemerintahan HM ni, dah 30 tahun terseksa.

Demonstrasi yang berlaku ni mendapat ilham daripada kejayaan Jasmine Revolution yang berlaku di Tunisia. KLIK untuk mengetahui lebih lanjut tentang Jasmine Revolution.

KLIK lagi untuk tau lebih lanjut apa yang jadi kat Mesir sekarang ni.

Gambar-gambar sepanjang demonstrasi:


kumpulan protes di Medan Tahrir 
(tempat ni dalam 10 minit dari rumah. biasa dengan tempat ni atas urusan visa dan bank. camne la rupanya sekarang~)

biggest demonstration in Egypt: more than 1 millions protesters

go out Mubarak!

they want peace!

they salute to the protesters


ارحل = leave (to HM)
but they didn't leave their duty as Muslims

solatlah walau di mana anda berada~


more pictures: HERE & HERE


Rasa rugi juga sebab tak ada pengalaman seperti kawan-kawan lain yang dapat menyaksikan sendiri kemusnahan yang berlaku di sekitar kawasan perumahan, mendengar sorakan dari mereka yang berdemonstrasi, mendengar bunyi tembakan yang dilepaskan, mendengar bunyi jet pejuang yang berlegar di udara dan lain-lain. Memang menakutkan tapi saya kira itu satu pengalaman yang berharga dan hanya mereka yang terpilih saja melaluinya. 


Apa-apa pun, segala yang terjadi ada hikmahnya. Alhamdulillah saya berada di Malaysia. Sekurang-kurangnya tidak menimbulkan kegusaran dan kebimbangan ibu bapa. Walaupun selesa di sini, tapi saban hari gelisah dengan keselamatan mereka di sana terutamanya pada hari yang semua hubungan telah diputuskan kerajaan Mesir. Bayangkan, line internet tak ada, line telefon disekat, memang hidup macam dalam gua. Tak tahu apa yang berlaku di sekeliling. Waktu itu, diri sendiri pun buntu. Hanya mampu berdoa mudah-mudahan Allah melindungi mereka semua di sana.


Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
Mereka semua selamat dan telah mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya.
Dan sekarang ada sahabat yang dah pun sampai di Malaysia dan ada juga yang masih menunggu di Jeddah untuk dibawa pulang ke tanah air. 
Untung mereka dapat balik Malaysia percuma! Naik MAS@Air Asia pulak tu~


Sekarang protes di Mesir masih berterusan.
Peranan kita?
Sama-sama mendoakan mudah-mudahan kezaliman ditundukkan, kebenaran ditegakkan.
Moga perjuangan mereka ini berjaya. InsyaAllah..


Jangan lupa lihat, dengar dan hayati lagu dan video di bawah. 
Sangat menyentuh hati mereka yang menghayatinya.


I'm very proud with them, Egyptians. 
May Allah keep strengthened their hearts! 
Hope that their dreams come true~ 
InsyaAllah!



2 comments:

Amri Abd Rani said...

Mungkin berlaku kerosakan di Medan Tahrir yg selalu kamu lalu tu ...
namun kerosakan tu amat sedikit berbanding kerosakan yg dilakukan oleh pemimpin yg nk dijatuhkan tu..

Allah bersama org2 yg benar.

wnha ws said...

sgt setuju dgn pndpt tu..

Allah sentiasa bersama org2 yg benar..Dia Maha Mengetahui segalanya..

pertolonganNya selalu ada untuk mereka yang sabar dan beriman. insyaAllah, mudah2an perjuangan mereka diberkati, pengorbanan mereka dirahmati..