Wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin
Kita merancang, Allah merancang dan Allah jua sebaik-baik perancang
We plan, Allah plans, and THE BEST planner is Allah's
Pernah kan mendengar kata-kata di atas?
Sememangnya Allah adalah perancang yang terbaik. Sebaik mana pun atau sesempurna mana pun perancangan yang telah kita buat, tapi kalau Allah hendakkan berlaku lain dari apa yang telah dirancang, akan jadilah jua.
"Sesungguhnya urusanNya apabila Dia mengkehendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu."
(36:82)
Dan dengan takdirNya, saya masih berada di Malaysia selepas 3 Februari.
Perancangan asal, pada 3 Februari sepatutnya dah sampai di Cairo International Airport, mungkin dah berjumpa dengan ahli rumah di Abou Risy dan dah 'merawat' bilik yang mungkin 'demam habuk' dek ditinggalkan. Tapi, Allah lebih mengetahui segala-galanya.
Revolusi yang sedang berlaku di Mesir memaksa saya menangguhkan tiket penerbangan pulang ke tanah Mesir. Kalau diikutkan hati, dah lama ingin terbang kembali ke sana. Rindu untuk bersemuka, berbalas senyuman dan bertemu mereka, sahabat-sahabat seperjuangan.
Namun, Allah mempunyai perancangan yang lebih sempurna buat hambaNya.
Alhamdulillah.. Dengan penangguhan tarikh kembali ke Mesir, dapat la bertemu dengan saudara-mara yang rata-rata pulang pada 3 Februari sempena cuti Hari Raya Cina.
Sempat juga menghadiri hari bahagia mereka:
Sempat juga menghadiri hari bahagia mereka:
Selamat Bertunang Kak Jha!
Selamat Pengantin Baru Kak Ngah!
Doa untuk mereka berdua, pengantin baru dan juga untuk mereka yang dah lama berkahwin dan mereka yang bakal mendirikan rumah tangga:
"Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirannya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMy, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Amin Ya Rabbal 'Alamin."
Alhamdulillah, memang bersyukur sangat.
Sememangnya perancangan Allah itu lebih sempurna dan terbaik
Maka bersyukurlah tak kira situasi apa yang kita alami. Sekurang-kurangnya bersyukurlah kerana kita masih diberi nafas untuk terus hidup sebagai hambaNya..
Suka saya memetik kata-kata Ustaz Pahrol Mohd Juoi:
Jika manis, Allah mengajarku erti syukur. Jika pahit, Allah mengajar ku erti sabar. Jika dikecewakan, aku sedang belajar hakikat tawakal. Bila cemas, Allah mengajar ku erti raja' (mengharap). Jika sedikit, Allah mengajar ku erti qanaah (berpada-pada). Ya Allah, lepaskan hati kami dari asbab-asbab ini, agar kami bebas dan tenang berpaut pada 'musabbabil asbab' (Penyebab segala sebab) - wajah-Mu ya Allah.
Jika manis, Allah mengajarku erti syukur. Jika pahit, Allah mengajar ku erti sabar. Jika dikecewakan, aku sedang belajar hakikat tawakal. Bila cemas, Allah mengajar ku erti raja' (mengharap). Jika sedikit, Allah mengajar ku erti qanaah (berpada-pada). Ya Allah, lepaskan hati kami dari asbab-asbab ini, agar kami bebas dan tenang berpaut pada 'musabbabil asbab' (Penyebab segala sebab) - wajah-Mu ya Allah.
Maka, berbahagialah wahai manusia atas ketentuan Ilahi.
Segala yang berlaku ada sebab dan hikmahnya.
0 comments:
Post a Comment