19 December 2010

Memori~


Semalam, tengah-tengah mengemas barang-barang yang ada dalam bilik, terpandangkan satu kotak yang tertulis KENANGAN PLKN KEM SEMARAK. Apa lagi, terus dibuka penutupnya. Di dalamnya terkandung pakaian rasmi peserta Program Khidmat Negara untuk bersukan serta yang dipakai untuk ke kelas Pembinaan Karakter atau Character Building (CB) dan Kenegaraan, sebuah fail yang mengandungi surat panggilan menghadiri Program Khidmat Negara, buku-buku modul yang digunakan semasa kelas CB, kertas-kertas yang mengandungi coretan-coretan aktiviti semasa kelas, lirik lagu, dan lain-lain lagi.
Tiba-tiba fikiran kembali ke memori lalu ketika berada di Tanjung Semarak sepanjang menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ni. Terlalu banyak memori yang telah dicipta selama 2 bulan lebih di sini bersama sahabat-sahabat yang baru dikenali, suasana baru, tempat yang berbeza, aktiviti harian yang lain dari hari biasa ketika bergelar seorang pelajar sekolah menengah dan macam-macam. Tercipta memori indah dan manis dan juga memori yang pahit dan sukar untuk dilupakan. Segalanya terpahat di sini~


Kalau nak dikongsikan setiap memori yang ada, memang panjang lah entri kali ni! Tangan tetiba rajin je nak menulis pasal PLKN ni. Saja nak kongsi secara ringkas apa yang telah berlaku, apa yang saya dapat dan pandangan mengenai program ni.
Kalau ditanya, “Nak ke pergi PLKN kalau kena panggil?”. Saya kan jawab, “Nak!”. Mesti pelik kan sebab jawapan saya tu tergolong dalam jawapan yang minoriti bilamana soalan itu ditanya. Saya pula pelik kenapa ramai yang tak nak menyertai PLKN ni. Rata-rata ekoran bimbang tidak tahan dengan latihan yang diadakan, ada juga yang kata tempoh program ni terlalu lama, ada juga yang takut kulit terutamanya muka jadi makin gelap dan macam-macam alasan lagi lah! Bagi saya, saya teringin nak sertai PLKN ni sebab saya sukakan cabaran dan ingin merasai sendiri keseronokan menyertai PLKN ni. Gembira bila dapat surat panggilan daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara!
Dan di sini lah, bermulanya kehidupan baru saya.


Saya sangat memuji kelas CB yang dianjurkan dalam PLKN sebab memang ia berkesan dalam meningkatkan keyakinan dalam diri, melatih saya untuk berkomunikasi dengan lebih baik, mengajar saya erti bekerja secara berkumpulan, mengetahui benda baru dan sebagainya.
Sedang membelek kandungan fail, terjumpa satu kertas besar yang mana terdapat gambar-gambar yang menggambarkan impian saya. Beberapa impian telah pun tercapai seperti dapat menaiki kapal terbang dan menyambung pelajaran ke luar negara (asalnya nak sambung belajar di tempat bersalji, tapi tak dapat nampaknya :D). Impian yang masih belum terlaksana adalah melakukan aktiviti mencabar seperti meluncur di atas air dan sukan payung terjun (bila la dapat buat), membina rumah di tempat yang nyaman (macam tak dapat je.huhu.), mempunyai kamera sendiri (sampai sekarang tak terbeli lagi ~_~”) dan mencapai kejayaan (yang masih jauh untuk dikecapi). InsyaAllah, impian ini akan dilaksanakan tidak kira bila! Teringat pulak dekat lagu ‘Kau Ilhamku’ nyanyian Man Bai yang pernah dinyanyikan secara beramai-ramai ketika berakhirnya kelas CB ni. Tersentuh hati.
Selepas kelas CB berakhir, ada pulak kelas Kenegaraan. Saya sangat suka dengan kelas ini dengan rakan-rakan yang sempoi dan cikgu yang sangat sporting iaitu Cikgu Mastura. Cikgu Mastura pandai dalam mengendalikan kelas ni dan tidak membuat kami merasa bosan sepanjang kelas Kenegaraan ni. Terima kasih banyak-banyak cikgu!


*dapat hadiah dan kad dari cikgu~

Oh ya, saya sangat suka berkawad! Disebabkan saya paling kecik, bila susunan baru kumpulan kawad dibuat, saya jadi centernya. Fuhh, bukan senang nak jadi center ni. Dah la kumpulan kawad tu dibentuk untuk dipersembahkan ketika majlis penutupan Kem PLKN Tanjung Semarak. Kedudukan sebagai center memainkan peranan penting dalam menentukan barisan supaya sama dengan ketua yang memberi arahan dan memastikan barisan anggota kawad yang lain tidak lari dari susunan yang teratur. Nak cerita pun susah, kena alaminya sendiri la :D


*kalau tak silap ni persembahan kawad kaki dari company Alpha. Diambil dari sini [link]

PLKN bukan sekadar latihan kawad kaki semata-mata. Ada aktiviti berkayak, belajar berenang, flying fox, riadah pada setiap petang dan banyak lagi.


*sedih tak sempat cuba flying fox ni sebab kena berlatih kawad kaki. melepas~ (T_T)


*di sini kami berkumpul setiap pagi (sebelum sarapan), setiap tengahari (selepas kelas dan sebelum makan tengahari) dan setiap petang (sebelum dan selepas riadah).
**di sini juga tempat riadah kalau tak dapat keluar dari kem ni.


*aktiviti kembara halangan

Memori yang paling tak boleh dilupakan adalah peluang untuk memegang senapang M16 dan menembak di lapang sasar. Memang seronok! Bukan semua dapat peluang sebegini. Beberapa latihan diadakan sebelum menembak betul-betul untuk melatih diri memegang senapang dengan cara yang betul, memasang semula komponen-komponen senapang yang dileraikan, memasukkan kelongsong peluru ke dalam senapang, dan berlatih menembak menggunakan peluru kapur.

Mula-mula rasa susah, dengan senapangnya yang agak berat dan 'tangan yang belok' sampaikan asyik tersasar semasa latihan menembak. Tapi, bila pegang senapang tu dengan peluru yang sebenar, fuhh lagi mencabar! Saya dapat giliran yang tengah-tengah. Bila sentuh bahagian pemegang hadapan senapang yang telah digunakan oleh peserta yang sebelumnya, terasa panas! Nak tak nak, terpaksa tahan je sebab kalau sekali-sekala pegang memang akan lagi melecur tangan! Memang hasilnya tapak tangan belah kiri merah dek kesan kepanasan memegang senapang tu. Tapi tak kisah sebab itu merupakan kenangan yang paling best saya rasa! Keputusan menembak pulak tidak mengecewakan. Sekurang-kurangnya tak dapat ‘telor ayam’. Hehe :D


Pada hari penutup Program Khidmat Negara Kem Semarak Kumpulan 1 Siri 4/2007, peserta-peserta tidak terlepas mempersembahkan persembahan masing-masing. Antaranya,

1. Kawad Kaki
*tiada gambar

2. Tempur Tanpa Senjata (TTS)



3. Tarian Perang (yang sangat gempak!)



Selepas semua peserta keluar baris, kami terus bersorak dan melontar topi-topi yang dipakai masing-masing ke arah langit menandakan kami telah berjaya menamatkan PLKN! (^_^)v
Malam terakhir di sana, perasaan bercampur baur. Seronok sebab sudah habis jalani latihan dengan jayanya, sedih untuk berpisah dengan jurulatih-jurulatih dan sahabat-sahabat, kecewa tak boleh dah makan untuk 6 kali dalam sehari. Apakah? haha :P



Jujur cakap, semua tak rasa menyesal menyertai PLKN. Presepsi awal yang pada mulanya tak suka sertai PLKN, atau terseksa melakukan aktiviti sepanjang PLKN berlangsung memang berubah. Rasa seronok dan bertuah dapat menjadi salah seorang peserta PLKN!
Di sana saya banyak belajar, terutama yang berkaitan dengan aspek diri. Apa-apa pun, kena bersedia dari segi mental, fizikal dan rohani. InsyaAllah, dengan kuatnya aspek berkenaan, diri terjaga, keseronokan dirasa, dan kebaikan dari PLKN ni diperoleh.

Apa yang pasti, memori manis mahupun pahit di sana, ia tetap menjadi sebahagian memori hidup diri saya (^_^).




Nota: Penghargaan buat Fizah yang sedia menjadi pendengar setia, Ama seorang sahabat yang baik, rindukan celoteh dan gelak ketawa Fahana dan Zaf yang sangat famous~ [Mereka berempat sahabat akrab saya di sana =)]

Nota 1: Saya famous dengan gelaran budak kasut pink, padahal kasut tu bukan kepunyaan sendiri. Haha, nak tergelak je bila teringatkan gelaran yang tak sengaja dapat tu. Haih (~_~")

3 comments:

M_Z said...

bagus entri ni.. :)

Izzati Hashim said...

yeah~
PLKN tu best! hanya yg dah pernah pergi & merasainya tau PLKN tu sebenarnya xdelah buruk seperti yg disangkakan (=

p/s : perjalanan hidup kita ni lbh kurg sama je kan? hehehe

wnha ws said...

yup, btul3!
hahaha..haah la, bru perasan lbh kurg sama je ^_~