31 December 2010

2010 Dalam Kenangan, 2011 Menjenguk Kehidupan~

Sebenarnya, entry Sifat Marah Itu... sepatutnya menjadi entry terakhir untuk tahun 2010 ni. Tapi dek ada cerita baru untuk diceritakan, jadi lah entry ni sebagai entry terakhir. :D

Alhamdulillah, syukur sangat kepada Allah kerana dengan keizinanNya dapat juga bertemu dengan sahabat-sahabat yang dah lama tak bersua sejak berpisah selepas tamat alam persekolah menengah 2006 yang lepas.

mereka =)

Terima kasih Wan, Husnul dan Mazida! Kunjungan korang memang menggembirakan hati. Ye lah, lebih kurang tiga tahun lebih tak berjumpa. Lebih-lebih lagi Mazida! Moga persahabatan kita kan berkekalan walau sejauh mana jarak kita terpisah~

Mazida – Nilai
Wan – Sabah bah..
Husnul – Pahang
WNhAWS – Kaherah

Contact2 la yep, melalui FB, SMS, SKYPE etc.
Selamat maju jaya sahabat! Moga dirahmatiNya. InsyaAllah jumpa lagi tahun depan. =)

"Manusia yang paling lemah ialah orang yang tak sanggup cari teman dan yang paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang telah diperolehinya."
- Imam Al-Ghazali 
==================

Tahun 2010 bakal berlalu. 2011 bakal menjenguk.

Terlalu banyak yang telah berlaku sepanjang 2010 ni. Yang manis, yang pahit, semua dirasa.
Biarlah ia tersimpan kemas dalam ingatan, buat muhasabah diri sendiri.

Mana yang kurang, cuba tambahkan.
Mana yang lemah, cuba kuatkan.
Mana yang buruk, cuba perelokkan.
Mana yang belum terlaksana, cuba sudahkan.

Mudah-mudahan 2011 menjanjikan kehidupan yang lebih baik. Dan semestinya terus mengharapkan keredhaan Ilahi. Ameen..






Nota: Bulan 12 entry paling banyak! Hohoho 0_o


Nota 1: Selamat Tahun Baru buat semua! Tingkatkan amalan dan keimanan dalam diri. Moga diberkati =)

30 December 2010

Sifat Marah Itu...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim


“Ketahuilah sesungguhnya kemarahan adalah bara yg marak menyala di dalam hati anak adam”

(Hadith riwayat Ahmad & Tarmizi)


Sifat marah adalah berasal dari api dan api itu adalah syaitan. Sifat marah merupakan salah satu sifat mazmumah yang patut kita elakkan daripada menempat di hati kerana ia mendatangkan keburukan yang mana marah akan menyumbang kepada masalah jiwa dan berbuat dosa.

Orang yang marah juga tidak disukai oleh para malaikat tetapi disukai oleh syaitan, sepertimana kisah antara Abu Bakar dan Rasulullah SAW;

Suatu Hari Rasulullah SAW bertamu ke rumah Abu Bakar Shiddiq. Ketika sedang bercengkrama, tiba-tiba datang seorang Arab Badui menemui Abu Bakar dan langsung mencelanya. Makian, kata-kata kotor keluar dari mulut orang itu. Namun Abu Bakar tidak menghiraukannya. Ia melanjutkan perbincangan dengan Rasulullah. Melihat hal ini Rasulullah tersenyum.

Kemudian orang Arab Badui itu kembali memaki Abu Bakar. Kali ini makian dan hinaannya lebih kasar. Namun dengan keimanan yang kokoh serta kesabarannya, Abu Bakar tetap membiarkan orang tersebut. Rasulullah kembali memberikan senyum.

Semakin marahlah orang Arab Badui ini. Untuk ketiga kalinya ia mencerca Abu Bakar dengan makian yang lebih menyakitkan. Kali ini, sebagai manusia biasa yang memiliki hawa nafsu, Abu Bakar tak dapat menahan amarahnya. Dibalasnya makian orang Arab Badui itu dengan makian pula. Terjadilah perang mulut. Seketika itu Rasulullah beranjak dari tempat duduknya. Ia meninggalkan Abu Bakar tanpa mengucapkan salam.

Melihat hal ini, Abu Bakar sebagai tuan rumah tersadar dan menjadi bingung. Dikejarnya Rasulullah yang sudah sampai ke halaman rumah. Kemudian Abu Bakar berkata: “Wahai Rasulullah, janganlah Anda biarkan aku dalam kebingungan yang sangat. Jika aku berbuat kesalahan, tolong jelaskan kesalahanku."

Rasulullah menjawab: "Sewaktu ada seorang Arab Badui datang lalu mencelamu, dan engkau tidak menanggapinya, aku tersenyum karena banyak malaikat disekelilingmu yang akan membelamu dihadapan Allah. Begitupun, yang kedua kali ketika ia mencelamu dan engkau tetap membiarkannya, maka para Malaikat semakin bertambah jumlahnya. Oleh sebab itu, aku tersenyum kembali. Namun ketika yang ketiga ia mencelamu dan engkau menanggapinya lalu membalasnya, maka seluruh Malaikat pergi meninggalkanmu. Karena Iblis hadir disisimu. Oleh karena itu aku tak ingin berdekatan dengannya dan aku tidak memberikan salam kepadanya.”

Jelaslah bahawa amarah itu sifat yang dibenci di sisi Allah, kekasihnya Rasulullah SAW dan para Malaikat. Apatah lagi marah bukanlah suatu simbol kekuatan seseorang.

"Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah."
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Islam telah mengajar kita sebagai individu Muslim untuk menahan marah seperti berikut:

1. Melatih diri untuk bersifat baik dan positif seperti lemah lembut, baik hati, sabar dan tenang dalam menghadapi apa-apa situasi.

Daripada Aisyah r.a. bahwasanya Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud,

"Sesungguhnya Allah menyukai sifat lemah-lembut dalam setiap perkara."
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

2. Kuatkan jiwa ketika mana hendak marah, kemudian ingat tentang akibat buruk marah dan mengingati kelebihan orang yang menahan marah serta memaafkan kesalahan orang lain.

Firman Allah SWT yang bermaksud,

"orang yang berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan,"
(Al-Imran:134)

Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya, Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana-mana bidadari."
(Hadis Riwayat Abu Daud & At-Tirmizi)

"Tidak ada seseorang hamba menahan marah kerna Allah Ta'ala melainkan Allah akan memenuhinya dengan keamanan dan keimanan."
(Hadis Riwayat Abu Daud)

3. Meminta perlindungan kepada Allah Ta'ala daripada syaitan yang direjam.

2 orang lelaki bermaki-makian di depan Nabi, salah seorang daripada mereka memaki seorang lagi dengan keadaan merah padam mukanya kerana kemarahan. Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah, kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh orang yang marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu aku berlindung dengan Allah Ta'ala daripada syaitan yang direjam."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Orang yang marah hendaklah mengubah kedudukannya dari berdiri kepada duduk kerana apabila kedudukan seseorang yang marah itu berdiri maka memudahkan dia untuk mengambil tindakan atas amarahnya.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring."
(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

5. Tidak berkata-kata.

Nabi SAW bersabda, maksudnya:

"Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam"
Nabi SAW mengucapkannya 3 kali.
(HAdis Riwayat Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)

6. Berwudhuk.

Nabi SAW bersabda, maksudnya:

"Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang dari kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk."
(Hadis Riwayat Ahmad & Abu Daud)


Konklusinya, cubalah untuk menahan marah dan senyum-senyumlah selalu~ (^_^)v






Nota: Ya Allah, susahnya nak menahan marah yang hadir dalam diri..


Nota 1: Peringatan buat diri yang masih lemah melawan sifat amarah dan masih mencuba untuk sentiasa tersenyum~

28 December 2010

19 Keistimewaan Wanita


1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a. berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya , maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

19 December 2010

Memori~


Semalam, tengah-tengah mengemas barang-barang yang ada dalam bilik, terpandangkan satu kotak yang tertulis KENANGAN PLKN KEM SEMARAK. Apa lagi, terus dibuka penutupnya. Di dalamnya terkandung pakaian rasmi peserta Program Khidmat Negara untuk bersukan serta yang dipakai untuk ke kelas Pembinaan Karakter atau Character Building (CB) dan Kenegaraan, sebuah fail yang mengandungi surat panggilan menghadiri Program Khidmat Negara, buku-buku modul yang digunakan semasa kelas CB, kertas-kertas yang mengandungi coretan-coretan aktiviti semasa kelas, lirik lagu, dan lain-lain lagi.
Tiba-tiba fikiran kembali ke memori lalu ketika berada di Tanjung Semarak sepanjang menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ni. Terlalu banyak memori yang telah dicipta selama 2 bulan lebih di sini bersama sahabat-sahabat yang baru dikenali, suasana baru, tempat yang berbeza, aktiviti harian yang lain dari hari biasa ketika bergelar seorang pelajar sekolah menengah dan macam-macam. Tercipta memori indah dan manis dan juga memori yang pahit dan sukar untuk dilupakan. Segalanya terpahat di sini~


Kalau nak dikongsikan setiap memori yang ada, memang panjang lah entri kali ni! Tangan tetiba rajin je nak menulis pasal PLKN ni. Saja nak kongsi secara ringkas apa yang telah berlaku, apa yang saya dapat dan pandangan mengenai program ni.
Kalau ditanya, “Nak ke pergi PLKN kalau kena panggil?”. Saya kan jawab, “Nak!”. Mesti pelik kan sebab jawapan saya tu tergolong dalam jawapan yang minoriti bilamana soalan itu ditanya. Saya pula pelik kenapa ramai yang tak nak menyertai PLKN ni. Rata-rata ekoran bimbang tidak tahan dengan latihan yang diadakan, ada juga yang kata tempoh program ni terlalu lama, ada juga yang takut kulit terutamanya muka jadi makin gelap dan macam-macam alasan lagi lah! Bagi saya, saya teringin nak sertai PLKN ni sebab saya sukakan cabaran dan ingin merasai sendiri keseronokan menyertai PLKN ni. Gembira bila dapat surat panggilan daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara!
Dan di sini lah, bermulanya kehidupan baru saya.


Saya sangat memuji kelas CB yang dianjurkan dalam PLKN sebab memang ia berkesan dalam meningkatkan keyakinan dalam diri, melatih saya untuk berkomunikasi dengan lebih baik, mengajar saya erti bekerja secara berkumpulan, mengetahui benda baru dan sebagainya.
Sedang membelek kandungan fail, terjumpa satu kertas besar yang mana terdapat gambar-gambar yang menggambarkan impian saya. Beberapa impian telah pun tercapai seperti dapat menaiki kapal terbang dan menyambung pelajaran ke luar negara (asalnya nak sambung belajar di tempat bersalji, tapi tak dapat nampaknya :D). Impian yang masih belum terlaksana adalah melakukan aktiviti mencabar seperti meluncur di atas air dan sukan payung terjun (bila la dapat buat), membina rumah di tempat yang nyaman (macam tak dapat je.huhu.), mempunyai kamera sendiri (sampai sekarang tak terbeli lagi ~_~”) dan mencapai kejayaan (yang masih jauh untuk dikecapi). InsyaAllah, impian ini akan dilaksanakan tidak kira bila! Teringat pulak dekat lagu ‘Kau Ilhamku’ nyanyian Man Bai yang pernah dinyanyikan secara beramai-ramai ketika berakhirnya kelas CB ni. Tersentuh hati.
Selepas kelas CB berakhir, ada pulak kelas Kenegaraan. Saya sangat suka dengan kelas ini dengan rakan-rakan yang sempoi dan cikgu yang sangat sporting iaitu Cikgu Mastura. Cikgu Mastura pandai dalam mengendalikan kelas ni dan tidak membuat kami merasa bosan sepanjang kelas Kenegaraan ni. Terima kasih banyak-banyak cikgu!


*dapat hadiah dan kad dari cikgu~

Oh ya, saya sangat suka berkawad! Disebabkan saya paling kecik, bila susunan baru kumpulan kawad dibuat, saya jadi centernya. Fuhh, bukan senang nak jadi center ni. Dah la kumpulan kawad tu dibentuk untuk dipersembahkan ketika majlis penutupan Kem PLKN Tanjung Semarak. Kedudukan sebagai center memainkan peranan penting dalam menentukan barisan supaya sama dengan ketua yang memberi arahan dan memastikan barisan anggota kawad yang lain tidak lari dari susunan yang teratur. Nak cerita pun susah, kena alaminya sendiri la :D


*kalau tak silap ni persembahan kawad kaki dari company Alpha. Diambil dari sini [link]

PLKN bukan sekadar latihan kawad kaki semata-mata. Ada aktiviti berkayak, belajar berenang, flying fox, riadah pada setiap petang dan banyak lagi.


*sedih tak sempat cuba flying fox ni sebab kena berlatih kawad kaki. melepas~ (T_T)


*di sini kami berkumpul setiap pagi (sebelum sarapan), setiap tengahari (selepas kelas dan sebelum makan tengahari) dan setiap petang (sebelum dan selepas riadah).
**di sini juga tempat riadah kalau tak dapat keluar dari kem ni.


*aktiviti kembara halangan

Memori yang paling tak boleh dilupakan adalah peluang untuk memegang senapang M16 dan menembak di lapang sasar. Memang seronok! Bukan semua dapat peluang sebegini. Beberapa latihan diadakan sebelum menembak betul-betul untuk melatih diri memegang senapang dengan cara yang betul, memasang semula komponen-komponen senapang yang dileraikan, memasukkan kelongsong peluru ke dalam senapang, dan berlatih menembak menggunakan peluru kapur.

Mula-mula rasa susah, dengan senapangnya yang agak berat dan 'tangan yang belok' sampaikan asyik tersasar semasa latihan menembak. Tapi, bila pegang senapang tu dengan peluru yang sebenar, fuhh lagi mencabar! Saya dapat giliran yang tengah-tengah. Bila sentuh bahagian pemegang hadapan senapang yang telah digunakan oleh peserta yang sebelumnya, terasa panas! Nak tak nak, terpaksa tahan je sebab kalau sekali-sekala pegang memang akan lagi melecur tangan! Memang hasilnya tapak tangan belah kiri merah dek kesan kepanasan memegang senapang tu. Tapi tak kisah sebab itu merupakan kenangan yang paling best saya rasa! Keputusan menembak pulak tidak mengecewakan. Sekurang-kurangnya tak dapat ‘telor ayam’. Hehe :D


Pada hari penutup Program Khidmat Negara Kem Semarak Kumpulan 1 Siri 4/2007, peserta-peserta tidak terlepas mempersembahkan persembahan masing-masing. Antaranya,

1. Kawad Kaki
*tiada gambar

2. Tempur Tanpa Senjata (TTS)



3. Tarian Perang (yang sangat gempak!)



Selepas semua peserta keluar baris, kami terus bersorak dan melontar topi-topi yang dipakai masing-masing ke arah langit menandakan kami telah berjaya menamatkan PLKN! (^_^)v
Malam terakhir di sana, perasaan bercampur baur. Seronok sebab sudah habis jalani latihan dengan jayanya, sedih untuk berpisah dengan jurulatih-jurulatih dan sahabat-sahabat, kecewa tak boleh dah makan untuk 6 kali dalam sehari. Apakah? haha :P



Jujur cakap, semua tak rasa menyesal menyertai PLKN. Presepsi awal yang pada mulanya tak suka sertai PLKN, atau terseksa melakukan aktiviti sepanjang PLKN berlangsung memang berubah. Rasa seronok dan bertuah dapat menjadi salah seorang peserta PLKN!
Di sana saya banyak belajar, terutama yang berkaitan dengan aspek diri. Apa-apa pun, kena bersedia dari segi mental, fizikal dan rohani. InsyaAllah, dengan kuatnya aspek berkenaan, diri terjaga, keseronokan dirasa, dan kebaikan dari PLKN ni diperoleh.

Apa yang pasti, memori manis mahupun pahit di sana, ia tetap menjadi sebahagian memori hidup diri saya (^_^).




Nota: Penghargaan buat Fizah yang sedia menjadi pendengar setia, Ama seorang sahabat yang baik, rindukan celoteh dan gelak ketawa Fahana dan Zaf yang sangat famous~ [Mereka berempat sahabat akrab saya di sana =)]

Nota 1: Saya famous dengan gelaran budak kasut pink, padahal kasut tu bukan kepunyaan sendiri. Haha, nak tergelak je bila teringatkan gelaran yang tak sengaja dapat tu. Haih (~_~")

18 December 2010

Cuba






Cuba - AIDIL

Ada angin yang melintang
Ada halang yang terbentang

Setiap sudut itu dirasakan susah
Setiap satu utu dirasakan payah

Ada taufan yang menderu
Ada petir yang meluru

Setiap peluang dirasakan tipis
Setiap hela nafas dirasakan nipis

Pasti ada puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba 'tuk berserah
Cuba dan cuba 'tuk percaya

Ada awan kegelapan
Ada langit berlapisan

Setiap ramalan terasa bagai mendung
Setiap musim terasa bagai tengkujuh

Pasti ada puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba 'tuk berserah
Cuba dan cuba 'tuk percaya

Pada baris
Butir doa
Kau memohon
Kau berserah

Hanya
Pada
Dia
Dia

Cuba
Cuba
Cuba
Cuba

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba 'tuk berserah
Cuba dan cuba 'tuk percaya



Nota: Kredit untuk Mc'T yang memperkenalkan lagu dan kumpulan ni~ =)

17 December 2010

1st Award!!


Hohohoho.. Dapat L.O.V.E. AWARD!!
TQVM WAN!

Blogger yang tak berapa nak aktif ni dapat jugak anugerah~
Tapi anugerah ni bukan main-main, ianya anugerah yang sangat istimewa!
Sebab ia menandakan saya salah satu orang yang disayangi Wan Fadhilah.. Hehehe :D
Saranghae Wan! XOXO

Err, tapi saya tak pasti kena jawab jugak ke tidak soalan-soalan berkenaan.. Lagi pun dia suruh 'ambil award ini dengan penuh bangga!' je~ Tapi atas sebab meraikan anugerah ini dan kali pertama di'tag', saya jawab jugak lah :)

1. SIAPA ORANG YANG PALING KORANG SAYANG
Mak, Wae dan adik-beradik

2. KENAPA KORANG SAYANG ORANG YANG KORANG SAYANG TUE?
Mereka sumber kekuatanku
Mereka nyawaku
Mereka sayangkanku
=)

3. BERIKAN SATU KATA-KATA SAYANG YANG TERBAIK YANG KORANG NAK LAFAZKAN KEPADA ORANG YANG KORANG SAYANG, TAPI MASIH TAK MAMPU LAGI UNTUK DILAFAZKAN..
*Bukan untuk dikongsi*
:P

4. LEPAS TUE, KORANG TAG KAT 15 ORANG BLOGGER UNTUK SAMPAIKAN SALAM KASIH SAYANG KORANG TUE.
*Disebabkan ketandusan rakan blogger, tiada yang di tag.. Tapi tak bermaksud saya tak sayangkan kalian ye (^_~)*







Nota: Istilah SAYANG itu luas maksudnya (^_^)

Nota 1: SAYANGI ALLAH itulah paling utama!

14 December 2010

Jom Puasa!

بسم الله الرحمن الرحيم


Dari Abu Hurairah r.a. dia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda,

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ

"Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah (puasa) di bulan Allah (bulan) Muharram, dan shalat yang paling utama setelah shalat wajib (lima waktu) adalah shalat malam."
(Hadis Riwayat Muslim no. 1163)


Dari Abu Qatadah r.a (maksudnya):

"Bahawasanya Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari 'Asyura, lalu Baginda s.a.w menjawab : "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu."
(Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi)


Jom puasa Hari 'Asyura! Moga memperoleh keberkatan darinya~



02 December 2010

Dua Puluh Satu~


1 Disember 2010 yang lalu genaplah dua puluh satu tahun usiaku mengikut perkiraan kalendar Masihi. Seandainya dikira mengikut tahun Hijrah, diri ini sudah berusia 21 tahun, 5 bulan dan 2 hari..

Alhamdulillah, syukur kepadaNya yang masih memberi peluang untukku terus bernafas, berada di samping keluarga dan sahabat serta menikmati peluang dan nikmat yang tak terhingga dari Allah Yang Maha Esa..

Terima kasih diucapkan buat keluarga tersayang dan sahabat-sahabat atas ucapan 'Selamat Hari Lahir!' @ 'Happy Birthday!' @ 'Sanah Helwa!' dan seangkatan dengannya serta doa-doa yang dititipkan bersama. Moga-moga Allah memakbulkan semua doa kalian dan mudah-mudahan Allah kurniakan yang terbaik buat diri kita selaku hambaNya. Semoga Allah memberkati dan merahmati kalian! ^_~


Ya Allah,
panjangkanlah usiaku,
agar lebih lama dapat ku mentaati Mu.
Tambahkanlah amalanku di saat bertambah usiaku.
Jadikanlah cahaya Mu yang bersinar menyinari jalanku.

Ya Allah,
jangan Engkau mensia-siakan segala usahaku,
mencari haruman syurga Mu.
Pelihara diriku dari segala perkara
yang boleh menghalangku mencium syurga Mu.

Ya Allah,
Kau lapangkanlah segala urusanku.
Kuatkanlah semangatku dalam mengharungi
kehidupan yang penuh berliku.
Tabahkan hatiku menghadapi segala ujian
yang Engkau datangkan kepadaku.
Berkatilah setiap langkahku
dalam mencari keredhaanMu.

Ameen..





Nota: Tiada kek, tiada hadiah tapi tak kecewa kerana ada yang lebih istimewa bagiku, iaitu kasih sayang Nya, keluarga dan sahabat serta tautan ukhuwah yang indah~

^___^

29 November 2010

T_T

floating on tears of sadness by zZToraZz [Deviant Art]


for some reason I feel SAD
somehow I feel DISAPPOINTED
sometimes I am CONFUSED


oh DISCOMFORT, please go away from me~!
oh HAPPINESS, please come back to me~
seriously, I want to SMILE again!

16 November 2010

Salam Eidul Adha!

Jangan lupa untuk berdoa

Imam Syafie r.a telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata di dalam kitabnya Al-Umm :

"Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Aidiladha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rejab dan malam Nisfu Syaaban."

Laungkanlah takbir

Sebagai tanda kesyukuran dan mengagungkan Allah SWT. Oleh itu, disunatkan kepada kita mengucapkan takbir dengan mengangkat suara, bermula waktunya dari terbenam matahari malam Hari Raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang Hari Raya. Firman Allah Ta'ala :

Maksudnya : Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.
(Surah Al-Baqarah: 185)

Mandi sunat Hari Raya

Diriwayatkan oleh Ibnu 'Abbas dan Al-Fakih bin Sa'd r.a bahawa Rasulullah SAW melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Aidiladha. Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah.

Memakai pakaian yang sebaik-baiknya, memakai harum-haruman dan menghilangkan segala bau-bau yang tidak elok

Diriwayatkan daripada Ja'far bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya:

Maksudnya: Bahawasanya Rasulullah SAW memakai kain yang bergaris-garis (untuk diperselimutkan pada badan) pada setiap kali Hari Raya.



Salam Eidul Adha! =)