Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

26 June 2011

Coretan kasih dari dia yang disayangi (=

Nota cinta dari dia~


Kakak,

Ujian yang hadir mendekatkan kita,
merapatkan ukhuwah yang selama ini jauh.
Kerana kita berkongsi rasa yang sama.
Kita sama-sama fahami erti kekuatan
di sebalik badai yang melanda.

Sakit, pedih, kecewa,
itu yang mengajar kita bukan?
Titisan air mata yang mengalir
bukanlah kerana kita terlalu lemah. Bukan.
Tapi ia hadir untuk kita hargai,
hidup bukan hanya ketawa, bukan hanya senang.
Air mata itu mengajar kita sesuatu,
sesuatu yang bermakna. Erti kehidupan.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan 'Kami telah beriman', sedang mereka tidak diuji lagi?" - Al-Ankabut, 2 -

Allah kasih pada kita.
Allah pandang kita!
Bukankah itu bermakna dari segalanya?
Ya, kita mengaku kita beriman.
Pasti ada ujian yang akan hadir. Pasti.
Ujian bukannya hukuman dari Allah,
tapi... itu tandanya Allah beri peluang
untuk kita kembali padaNya.
Senyumlah, hakikat kehidupan memang begitu. (=


Lot of Love,
N.I.M.H (=
0905
250611


My love to her~





Nota: Terharu =').

Nota 1: N.I.M.H pemilik Warna Warni Kehidupan (=

Nota 2: Alhamdulillah.. Exam berbaki 1 subjek je lagi. Wahai diri, teruskan berusaha! Chaiyok2! Readers, keep me in your prayer k. ^_^

28 April 2011

Jejak Cita~



Jejak Cita
Devotees

Berdiri aku di sini
Menatap mentari terbit lagi
Membawa cahaya menerangi hari
Dan saat itu masih ku nanti

Kita sama punya cita
Yang menunggu di hadapan sana
Biar pun berliku ditempuh jua
Cekal dan tabah azimat jiwa

Tika ujian datang menduga
Tiada berputus asa dan kecewa
Andainya rebah bangkit semula
Berserah mengharap rahmatNya

Sama melangkah seiringan
Mengejar sebuah impian
Dengan semangat keyakinan
Menuju ke arah kejayaan
Bertekad penuh keazaman
Gemilangkan pasti di genggaman

Jangan lupa memohon padaNya
Tawakal berdoa sentiasa
Dialah penentu segala
Apa dikurnia ada hikmahnya

Di sana tiada jalan yang mudah
Hanya yang sabar kan terus melangkah
Berbekal keimanan di dada
Dan usaha pasti akan berjaya
Berjaya...

Ditujukan buat mereka yang tengah jatuh semangat. 
Moga semangat yang jatuh kembali terubat~
=)

26 January 2011

BERJALAN TANPA HENTI


Bagaikan jauh jalan yang ku tempuh
Langkah demi langkah akan ku gagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menanti

Bila dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
Pada-Nya yang kuasa dikau berserah

Jika kau rebah
Jika kau kalah
Bersaksilah rahmat-Nya akan terserlah

Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus doa
Malang yang menimpa
Duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia

Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat-Nya Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia




Nota: Berjalan Tanpa Henti, DEVOTEES
Nota 1: Jatuh cinta dengan lagu dan liriknya bila pertama kali dengar =)

05 January 2011

Dreams Stay BIG, Worries Stay Small


My wish for you
Is that this life becomes all that you want it to
Your dreams stay big, your worries stay small
You never need to carry more than you can hold


03 January 2011

Semangat Baru Di Tahun Baru =)

HAMPIR KE SITU
Mendua

Aku sedar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkah aku memiliki

Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmah
Yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya cuba

Jika...
Halangan menduga
Perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Kerana ku ada di sisi
Setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakah gunanya 
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu!

Jika...
Halangan menduga
Perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Kerana ku ada di sisi
Setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Biar orang katakan
rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku
Dan aku punya kamu
Apa jua akhirnya
Tetap bersama

Jika...
Halangan menduga
Perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Kerana ku ada di sisi
Setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ...




Nota: Ditujukan khas buat mereka yang memahami perasaan diri ini di saat 'jatuh', terutamanya mereka yang mengalami dan merasainya sendiri. Semoga kita diberikan kekuatan yang berterusan. Ameen..


Nota 1: Berjanji pada diri untuk terus melangkah! Moga 2011 menghadirkan kejayaan =)

18 December 2010

Cuba






Cuba - AIDIL

Ada angin yang melintang
Ada halang yang terbentang

Setiap sudut itu dirasakan susah
Setiap satu utu dirasakan payah

Ada taufan yang menderu
Ada petir yang meluru

Setiap peluang dirasakan tipis
Setiap hela nafas dirasakan nipis

Pasti ada puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba 'tuk berserah
Cuba dan cuba 'tuk percaya

Ada awan kegelapan
Ada langit berlapisan

Setiap ramalan terasa bagai mendung
Setiap musim terasa bagai tengkujuh

Pasti ada puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba 'tuk berserah
Cuba dan cuba 'tuk percaya

Pada baris
Butir doa
Kau memohon
Kau berserah

Hanya
Pada
Dia
Dia

Cuba
Cuba
Cuba
Cuba

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba 'tuk berserah
Cuba dan cuba 'tuk percaya



Nota: Kredit untuk Mc'T yang memperkenalkan lagu dan kumpulan ni~ =)

04 October 2010

Kekuatan Itu Dari Allah

Siapa yang bisa melawan takdir Ilahi?

Allah itu Maha Adil.

"Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah dan jika ada kebajikan sebesar zarah nescaya Allah akan melipatgandakan dan memberikan dari sisi Nya pahala yang besar."

Cubaan, dugaan, musibah mahupun ujian akan terjadi untuk menguji sabar diri dan ketaqwaan hambaNya.

Orang yang meyakini akan takdir Allah, dia akan selalu sabar setiap musibah menimpanya, kerana semuanya dari Allah.

Ali bin Abi Thalib r.a. berkata,

"Hai bapak Fulan, sesungguhnya jika engkau bersabar, engkau telah melewati takdirmu, dan engkau mendapatkan pahala. Tetapi sekiranya engkau bersedih hati, sesungguhnya takdir tetap saja berlaku, dan engkau mendapatkan dosa."

Yakinlah, segala yang terjadi adalah yang terbaik buat dirimu.

"Boleh jadi perkara yang kamu tidak sukai itu lebih baik untuk kamu, dan boleh jadi juga perkara yang kamu sukai itu buruk untuk kamu dan Allah itu Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
(QS Al-Baqarah : 216)

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(QS Al-Baqarah : 286)

Teruskan berusaha. Jangan pernah rasa cukup dengan usaha dan ilmu yang sedia ada.

Rasulullah S.A.W. bersabda,

"Barangsiapa yang merintis jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan untuk ke syurga."

Tenanglah menghadapi ujian yang kecil ini. Malulah pada mereka, saudara seakidahmu yang tetap cekal menerima dan menghadapi ujian yang lebih teruk atau besar dari Allah Yang Maha Mencipta segalanya. Jiwa yang kuat tidak akan kecewa, sedih, mahupun putus asa!

"Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
(QS Yusuf : 87)

"Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."
(QS Al-Insyirah : 6)

Sematkan dalam diri, usaha itu mestilah untuk mengharap Allah redha. Sentiasalah dahaga dalam mengharap pertolongan dari Dia Yang Maha Kuasa.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan salat. Sungguh, Allah bersama orang-orang yang sabar."
(QS Al-Baqarah : 153)

Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar. Redhalah akan ketentuan Ilahi. Usah ragu dengan takdir yang telah terjadi ^_^

25 September 2010

Langkah Tercipta

Semalam aku kelukaan
Kecewa kehampaan
Mencalar ketabahan
Impian sering kuharapkan
Menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian

Allah...
Ingin ku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam
Lemah daya
Haruskah aku mengalah
Namun jiwaku berbisik
Inilah dugaan

Dan mataku kini terbuka
Pada hikmah dugaan
Uji keimanan
Tak dilontarkanNya ujian
Di luar kekuatan
Setiap diri insan

Allah...
Pimpinlah diriku
Tuk bangkit semula
Meneruskan langkah
Perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan
Agar mimpi jadi nyata
PadaMu ku meminta

Daku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan yang satu
Segalanya dariMu



"Sampan tidak akan belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu."
~pepatah arab~

19 August 2010

Don't Quit !

DON'T QUIT
~inspirational poem~

When things go wrong, as they sometimes will,
When the road you're trudging seems all uphill,
When the funds are low and the debts are high,
And you want to smile, but you have to sigh,
When care is pressing you down a bit
Rest if you must, but don't you quit.

Life is queer with its twists and its turns,
As everyone of us sometimes learns,
And many a failure turns about
When they might have won, had they stuck it out.
Don't give up though the pace seems slow,
You may succeed with another blow.

Often the goal is nearer than,
It seems to a faint and faltering man,
Often the struggler has given up
When he might have captured the victor's cup;
And he learned too late when the night came down,
How close he was to the golden crown.

Success is failure turned inside out
The silver tint of the clouds of doubt
And you never can tell how close you are,
It may be near when it seems so far;
So stick to the fight when you're hardest hit,
It's when things seem worst that you must not quit!


~Picture by nnia [DeviantArt]

"If you believe you can, you can. If you believe you can't, then, well you can't."

"No matter how the outcome is, it is the effort that counts!"

"Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus asa."

21/8 - 7/9

Mohon doa dari kalian.
Jzkk =)

07 August 2010

Doa

DOA
Munsyid : NICE
Album : Istimewa Tiada Dua

Pernahkah dikau rasa
Bagaikan berputus asa
Fikiran bak gerhana
Menanti terbit cahaya

Kepayahan hanya dugaan sementara
Berkat doa kan berakhir jua

Pabila merasa hilang bahagia
Redhakan dirimu menerimanya
Andai kesusahan menjadi ujian
Tetapkan imanmu
Usah hilang pengharapan

Pintalah di ketika
Hidup dikelam nestapa
Semoga dikuatkan
Hati dengan kesabaran

Kepayahan hanya dugaan sementara
Berkat doa kan berakhir jua

Pabila merasa hilang bahagia
Redhakan dirimu menerimanya
Andai kesusahan menjadi ujian
Tetapkan imanmu
Usah hilang pengharapan

Sesungguhnya setiap manusia
Ada ketikanya resah menempuh usia
Pohonlah semoga kau berbahgia
Berserah kepada Yang Maha Esa

Pabila merasa hilang bahagia
Redhakan dirimu menerimanya
Andai kesusahan menjadi ujian
Tetapkan imanmu
Usah hilang pengharapan

Di kala kesulitan
Tabahkan dirimu kawan
Tadah tapak tanganmu
Di situlah ketenangan
Doalah...

*Dapat mesej dari sahabat yang membakar semangat saya kembali [walaupun dia sibuk menguruskan KUNTUM II, dia tetap melayan saya. Syukran sahabat =)] :

Dalam hati ibu berkata :
Pergilah anak. Belajarlah sungguh-sungguh.
Jangan kau lemas dalam kebebasan yang ibu berikan.
Kalau tidak ibu tidak hantarkan kamu ke sana
melainkan ibu percaya penuh kepada kamu.
Kerana kamu anak ibu, sayang~

Dalam jiwa ayah berbisik :
Anakku.
Ayah lepaskan kamu dengan sejuta doa,
moga kamu tidak pernah lupa nama yang kamu bawa di hujung namamu.
Hati ini penuh berharap
agar kamu pulang bawa piala perjuangan anakku!!

29 July 2010

F.O.C.U.S.

Bila buka buku medik, ia hilang.
Bila buka laptop, terus melekat.

Bila start baca buku, tak lama ia pun melayang.
Bila start main game, terus jadi 100%!

Wahai FOKUS!
Datanglah kepadaku.
Dekatlah padaku.
Aku memerlukanmu tika ku study ni.
Jangan menjauh~
-__-"

*hari ni tak study sangat..haih~
*nasib baik penaik semangat muncul secara 'bertubi-tubi' dan diriku ditiup dengan semangat yang baru!
*jzkk sahabat2! ^__^


24 July 2010

Andainya Diriku Bisa Seperti Yang Lain..

AKU CINTA ALLAH
Wali

Andaikan diriku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai

Aku lemah tanpaMu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Ya Allah

Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku cinta Allah


Usah Putus Asa



Setelah sekian lama menunggu, akhirnya tersiarlah keputusan peperiksaan akhir tahun 3 pelajar medik KasrAlAiny Medical School di laman web rasminya pada 19 Julai 2010 yang lepas..[hoho..ayat skema (=_=")]

Alfu mabruk buat mereka yang lulus dan berjaya mencapai kecemerlangan~
Alfu salamah buat mereka yang kurang berjaya [seperti diri ini..huk3]

Bak kata orang Ganu, dakpe2..

Kegagalan yang Allah takdirkan buat diri kita bukan bermaksud Dia tidak menyayangi kita, tapi sebenarnya Allah sangat sayangkan kita dan mendatangkan ujian sebegitu rupa. Sebab? Sebabnya Allah nak kita jadi lebih baik (^_^)v

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW,

"Seseorang yang dikehendaki Allah menjadi baik pasti akan diuji terlebih dahulu" (HR Al Bukhari)

"Jika Allah mengkehendaki sesuatu kebaikan pada hambaNya, maka Dia akan menyegerakan cubaan di alam dunia ini" (HR Al Tirmidzi)

Baikkan Allah?

Firman Allah SWT,

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (QS Al-Baqarah : 286)

Setiap apa yang Allah jadikan pasti ada hikmah dan kebaikan di sebaliknya.. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya..

"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (QS Al-Baqarah : 216)

Ujian yang hadir sebenarnya peringatan dan peluang dari Allah buat hambaNya supaya terus berusaha meningkatkan keimanan kepada Dia Yang Maha Esa.
Allah ingin melihat kita berusaha lebih gigih, berdoa dengan seikhlasnya dan meletakkan tawakal setinggi-tingginya..
Usah putus asa kerana putus asa itu bukan sifat seorang muslim! Seorang muslim adalah seorang yang tidak mengenal erti putus asa dan sentiasa bersungguh-sungguh dalam apa jua perkara.

Allah SWT telah menjelaskan hal ini melalui kisah Nabi Yaakub dan anak-anaknya,

"Wahai anak-anakku! Pergilah kamu mencari (berita) tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir." (QS Yusuf : 87)

Usaha belum cukup. Jadi? Teruskan berusaha! Jangan putus asa!


"Bila Allah cepat makbulkan doamu,
maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat makbulkan doamu,
maka Dia ingin mengujimu.
Bila Dia tidak memakbulkan doamu,
Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu,
sentiasalah bersangka baik dengan Allah
dalam apa jua keadaan pun
kerana kasih sayang Allah
mendahului kemurkaan Nya.."