Showing posts with label miscellaneous. Show all posts
Showing posts with label miscellaneous. Show all posts

08 December 2012

Rindu...




Lama tak menulis.
Lama tak mencurahkan idea.
Lama tak menziarahi blog sendiri. 
-_-"




Tetiba rasa rindu untuk kembali menulis.
Rindu untuk membersihkan debu-debu di blog sendiri.
Rindu untuk kembali aktif sebagai seorang blogger.

Moga diberi kesempatan untuk menulis kembali.
In sha Allah ^_^


Pesanan untuk diri sendiri ; Ayuh bersihkan debu-debu dosa dalam diri, sebelum bersihkan 'debu-debu' di sini. *stabmyself*

03 December 2011

Terkejut!

"Hah? Kenapa?eek"

Setelah lama tak mengunjung blog sendiri, tiba-tiba keluar site 'Malware Detected!' bila datang menjenguk. Apakah? Kenapakah? Pelik. Malware detected sebab ada laman web iluvislam.com dalam blog ni. Err, laman web iluvislam.com ada malware? Ish, kerja siapa lah. Sangat tak berpuas hati bila benda ni berlaku. Sedih cry. Sepatutnya laman web yang berunsurkan benda-benda tak elok (faham-faham sendiri, malas nak taip) yang sepatutnya kena banned.

Maaf kepada mereka yang telah datang melawat blog ni dan terkena 'Malware Detected!'. Segala kesulitan amat lah dikesali sad.




23 October 2011

Ilham.

Ilham.

Tak semua orang dapat.
Kadang-kadang ia datang, kadangkala ia sepi.
Sungguh beruntung mereka yang memperoleh ilham untuk menulis apatah lagi penulisan itu membawa peringatan dan menyentuh hati sesiapa yang membacanya.

Hijau itu mendamaikan (^_^)y

Moga diri dikurniakan ilham kembali. Insya-Allah smile



Nota : Lama tak menulis, jari kaku di papan keyboard. cry

02 August 2011

Syukur =)

بسم الله الرحمان الرحيم

Pelangi itu cukup indah =)

Penantian itu berakhir setelah keputusan peperiksaan diumumkan 5 hari yang lalu.
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk merasai nikmat sebuah kejayaan =).

Penantian itu akhirnya tiba setelah 2 hari Ramadhan dilalui.
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah di bulan penuh berkah ini.

Mungkinkah ini Ramadhan ku yang terakhir? Wallahu'alam.
Mengharapkan Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Mudah-mudahan, insyaAllah =).

Syukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan. Terlalu banyak, tak terkira.
Alhamdulillah!


Nota : Terima kasih atas doa kalian! Berkat doa itu, kejayaan yang ditangguh sekian lama akhirnya hadir. Moga Allah merahmati kalian~


28 July 2011

Penantian.

بسم الله الرحمان الرحيم


"Penantian satu penyeksaan."

Ayat yang selalu digunakan dalam mendefinisikan perkataan 'penantian' itu.
Memang tak dinafikan kenyataan tersebut betul (untuk beberapa situasi). Sebagai contoh, menunggu waktu untuk pulang ke Malaysia (bagi pelajar luar negara) memang satu penyeksaan. Hehe (^_^)v.

Tetapi, ada juga penantian yang dinanti-nanti. Penantian yang dimaksudkan ialah penantian satu bulan yang penuh barakah iaitu bulan Ramadhan. Andai kita selami balik kelebihan-kelebihan yang ada pada bulan Ramadhan, sudah pasti kita merindui akan kehadirannya.

Ramadhan, bulan penuh berkah. Juga dikenali sebagai bulan pesta ibadah. Tengok je la video kat bawah ni ;




Di kala menanti Ramadhan, diri juga cuak menunggu keputusan peperiksaan akhir tahun yang dijangka kecil keluar pada hari ini atau jangkaan besar pada hari Sabtu nanti. Natijah yang akan diterima ini juga bakal menentukan pengisian cuti musim panas ni. Moga-moga pelangi yang dinanti hadir dalam masa terdekat =)

Walau apa pun natijah yang akan diterima, mudah-mudahan ia tidak mengganggu pesta ibadah yang akan dilaksanakan dalam 3 hari lagi. InsyaAllah..

Salam Ramadhan 1432H buat semua pembaca. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.


Allahumma balighna Ramadhan...


20 May 2011

Exam.

بسم الله الرحمان الرحيم



Bakal menghadapi peperiksaan akhir tahun 3 tak lama lagi.


23/5 - Practical Microbiology

29/5 - Practical Pathology

7/6 - Written Pathology Paper 1

8/6 - Written Pathology Paper 2

16/6 - Written Microbiology

20/6 - Oral Microbiology

22/6 - Oral Pathology

6/7 - Written Pharmacology Paper 1

7/7 - Written Pharmacology Paper 2
&
Practical Pharmacology

9/7 - Oral Pharmacology



Mohon doa dari semua pembaca.
Jzkk!

*****************************************

Tak lupa, buat semua yang bakal dan sedang berada dalam 'Exam Mode',


Rabbuna yusahhil.
Bittaufiq wannajah wa imtiaz fi imtihan!
Amin Ya Rabb!

****************************************

Sampai bertemu lagi~
InsyaAllah..
=)

Assalamualaikum w.b.t.

11 February 2011

belajar erti KESABARAN

Penantian itu satu PENYEKSAAN.
Namun ia sebenarnya UJIAN.
Yang mengajar erti KESABARAN.



27 January 2011

2nd & 3rd Awards =)

Assalamualaikum w.b.t.

-Ini adalah entry yang tertangguh-

Dapat awards lagi~
Dua sekali gus lak tu.
Terima kasih buat Izzati Hashim @ panggilan manjanya, Mc'T
Dapat awards ni 12 hari yang lepas (16 Januari 2011),
tapi baru berkesempatan nak membalasnya. Hee 


2nd Award: The Best Follower


 Ohh, terharu dapat award ni.
Rasa dihargai. Terima kasih! 

Tapi ada soalan menanti untuk dijawab~

1)  4 ciri lelaki idaman untuk dijadikan suami. 
Beriman
Berilmu
Pembimbing
Penyabar
*Ciri-ciri yang utama~

2) Tips mengekalkan hubungan dengan pasangan.
*Nak setuju dengan jawapan si pemberi je boleh tak?

3) Pernah ada jumpa doa pendekat jodoh atau putus cinta?
Err..selalu je~
Antaranya:




4)  10 link pilihan anda & beritahu mereka telah memenangi award ini.
Tak sampai 10 kot.
Mereka yang bertuah sahaja memenangi award ini~
(Sebenarnya sebab tak ramai follower )
*Cek shoutbox masing2~


3rd Awards: Creative Blogger Award


Huu, rasa tak layak menerima award ni sebab si penerima tidak lah sekreatif mana..

Anyway, thank you sis~!

21 January 2011

Kek Coklat~

Sempena hari ulang tahun adikku yang ke 13, sebiji kek coklat telah terhasil.

Tadaaaa~

Sebenarnya tak menjadi sangat kek coklat ni. Kali pertama~
Nasib baik topping resepi cik Oni menjadi.  
Topping masking the cake

Rupa sebenarnya adalah.....


Kecacatan :
*Merekah bahagian tengah - tak berapa lembut, terlebih tepung
*Kurang manis - sukatan gula tak cukup kot
*Tiada topping - topping yang dibuat pertama kali dibuang sebab tak menjadi

Keesokan tu, bosan duduk rumah sorang-sorang, merajinkan diri untuk buat topping.
Akhirnya menjadi!

Kek dah pun tinggal separuh masa ni~

Nasib baik topping jadi penyelamat, kalau tak, tak habis la kek ni~

BIG CREDIT to Chef Farhah & Chef Oni  

This cake make my day and her day more beautiful  

Nota: Kena cuba lagi. Yep, cuba lagi!!

03 January 2011

Special 1


1: perfect number! hehe.. sya suka awak.. sya sayang awak.. sangat sayang utk lepaskan awak sebagai kawan sya. walaupun jauh beribu batu, tapi kita saling ingat mengingati.. kenangan time sekolah dulu kenangan yang indah. awak sangat baik, cantik.. walaupun kecik. hehe.. jangan mudah berputus asa ya! sama2 kita berusaha!! love u my lovely friends. ♥

Da reply:

She tall, beautiful and has white skin (jealous~). She had a charming personality; leadership skill, friendly, hardworking and a successful student. A very kind, trustful and understanding friend I have. We will always be friend, I promise~ I'm proud to be her friend :). And I love her. Yes, I love her so much! ♥



Note: Her thought about me was posted on her facebook, so I reply it here~


Note 1: like and love it! exclude sangat baik, cantik.. ahaha :D.. anyway, I appreciate it :)


Note 3: 2 new post in 1 day! hee, wat to dooo~

17 December 2010

1st Award!!


Hohohoho.. Dapat L.O.V.E. AWARD!!
TQVM WAN!

Blogger yang tak berapa nak aktif ni dapat jugak anugerah~
Tapi anugerah ni bukan main-main, ianya anugerah yang sangat istimewa!
Sebab ia menandakan saya salah satu orang yang disayangi Wan Fadhilah.. Hehehe :D
Saranghae Wan! XOXO

Err, tapi saya tak pasti kena jawab jugak ke tidak soalan-soalan berkenaan.. Lagi pun dia suruh 'ambil award ini dengan penuh bangga!' je~ Tapi atas sebab meraikan anugerah ini dan kali pertama di'tag', saya jawab jugak lah :)

1. SIAPA ORANG YANG PALING KORANG SAYANG
Mak, Wae dan adik-beradik

2. KENAPA KORANG SAYANG ORANG YANG KORANG SAYANG TUE?
Mereka sumber kekuatanku
Mereka nyawaku
Mereka sayangkanku
=)

3. BERIKAN SATU KATA-KATA SAYANG YANG TERBAIK YANG KORANG NAK LAFAZKAN KEPADA ORANG YANG KORANG SAYANG, TAPI MASIH TAK MAMPU LAGI UNTUK DILAFAZKAN..
*Bukan untuk dikongsi*
:P

4. LEPAS TUE, KORANG TAG KAT 15 ORANG BLOGGER UNTUK SAMPAIKAN SALAM KASIH SAYANG KORANG TUE.
*Disebabkan ketandusan rakan blogger, tiada yang di tag.. Tapi tak bermaksud saya tak sayangkan kalian ye (^_~)*







Nota: Istilah SAYANG itu luas maksudnya (^_^)

Nota 1: SAYANGI ALLAH itulah paling utama!

29 November 2010

T_T

floating on tears of sadness by zZToraZz [Deviant Art]


for some reason I feel SAD
somehow I feel DISAPPOINTED
sometimes I am CONFUSED


oh DISCOMFORT, please go away from me~!
oh HAPPINESS, please come back to me~
seriously, I want to SMILE again!

16 November 2010

Salam Eidul Adha!

Jangan lupa untuk berdoa

Imam Syafie r.a telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata di dalam kitabnya Al-Umm :

"Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Aidiladha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rejab dan malam Nisfu Syaaban."

Laungkanlah takbir

Sebagai tanda kesyukuran dan mengagungkan Allah SWT. Oleh itu, disunatkan kepada kita mengucapkan takbir dengan mengangkat suara, bermula waktunya dari terbenam matahari malam Hari Raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang Hari Raya. Firman Allah Ta'ala :

Maksudnya : Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.
(Surah Al-Baqarah: 185)

Mandi sunat Hari Raya

Diriwayatkan oleh Ibnu 'Abbas dan Al-Fakih bin Sa'd r.a bahawa Rasulullah SAW melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Aidiladha. Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah.

Memakai pakaian yang sebaik-baiknya, memakai harum-haruman dan menghilangkan segala bau-bau yang tidak elok

Diriwayatkan daripada Ja'far bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya:

Maksudnya: Bahawasanya Rasulullah SAW memakai kain yang bergaris-garis (untuk diperselimutkan pada badan) pada setiap kali Hari Raya.



Salam Eidul Adha! =)

12 November 2010

Tahniah !

Tahniah Kak Lang yang 'banyak tanya' ni! XD
Teruskan berusaha, jangan rasa selesa.
UPSR ini hanyalah satu permulaan.
Moga terus istiqamah dalam menuntut ilmu kerana Allah.
Persiapkan diri untuk menghadapi cabaran seterusnya,
yang pasti lagi hebat dan sukar.
Walau apa pun, teruskan berdoa.
Moga dipermudahkan segalanya.
^_^

11 August 2010

Salam Ramadhan

~Picture by al-moghtarib [DeviantArt]

Mulai hari ini
NAFAS ini menjadi TASBIH,

Mulai hari ini
TIDUR ini menjadi IBADAH,

Mulai hari ini
DOA-DOA ini menjadi IJABAH,

Mulai hari ini
PAHALA ini diLIPAT GANDAkan.

Andai semua HARTA adalah RACUN,
Maka ZAKAT PENAWARnya.

Jika seumur HIDUP adalah DOSA,
Maka TAQWA & TAUBAT UBATnya.

Jika seluruh BULAN adalah NODA,
Maka RAMADHAN lah PEMUTIHnya.

Selamat menunaikan ibadah puasa.
Semoga diberkati, dirahmati, diredhai ALLAH SWT & diampuni segala dosa.

~Salam Ramadhan al-Mubarak~

07 August 2010

Down. . .

picture by Baspunk [DeviantArt]

T__T

31 July 2010

Istimewa

30 Julai 2010

Termetrailah sebuah ikatan suci..

Selamat Pengantin Baru Fathy & suami!
بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما فى خير
~selamat menempuh alam baru
~moga sentiasa dilimpahi rahmatNya
(^__^)

31 Julai 2010

Sanah helwah Acik!
[31 Julai 1991]
~sori x dapat sambut sama2 taun ni..huk3 (T__T)
~moga amalan bertambah seiring usia yang meningkat =)

*happy belated birthday to McTi!
[30 Julai 1990]
~akak wish kat sini je sebab x tau nombor telefon Msia McTi..heee ;P

*happy becoming birthday to penyampai maklumat game LIVE badminton yg setia!
[1 Ogos 1992]
~jasamu dihargai.. (^__^)v

24 July 2010

If Only..


Just a simple joke ;D

Impossible! Right?