08 December 2012

Rindu...




Lama tak menulis.
Lama tak mencurahkan idea.
Lama tak menziarahi blog sendiri. 
-_-"




Tetiba rasa rindu untuk kembali menulis.
Rindu untuk membersihkan debu-debu di blog sendiri.
Rindu untuk kembali aktif sebagai seorang blogger.

Moga diberi kesempatan untuk menulis kembali.
In sha Allah ^_^


Pesanan untuk diri sendiri ; Ayuh bersihkan debu-debu dosa dalam diri, sebelum bersihkan 'debu-debu' di sini. *stabmyself*

06 January 2012

Salam Jumaat~

بسم الله الرحمان الرحيم

Alhamdulillah, segala pujian kepada Nya. Yang mengurniakan nikmat hidup pada diri dan masih berpeluang untuk bernafas di muka bumi ini. Peluang yang tidak harus disia-siakan. Kembali seketika ke tahun 2011 yang lepas, cek segala apa yang berlaku sepanjang tahun lalu. Adakah amalan yang berbuahkan pahala lebih banyak daripada dosa, atau sebaliknya? Sama-sama muhasabah.


Hari ini hari Jumaat pertama di tahun 2012. Sama-sama lah kita mengimarahkan hari yang mulia ini dengan membaca surah Al-Kahf dan memperbanyakkan selawat ke atas kekasih Allah, Rasulullah S.A.W.



Mudah-mudahan kita di bawah rahmat Nya sentiasa. InsyaAllah, aminn ^__^

03 December 2011

Terkejut!

"Hah? Kenapa?eek"

Setelah lama tak mengunjung blog sendiri, tiba-tiba keluar site 'Malware Detected!' bila datang menjenguk. Apakah? Kenapakah? Pelik. Malware detected sebab ada laman web iluvislam.com dalam blog ni. Err, laman web iluvislam.com ada malware? Ish, kerja siapa lah. Sangat tak berpuas hati bila benda ni berlaku. Sedih cry. Sepatutnya laman web yang berunsurkan benda-benda tak elok (faham-faham sendiri, malas nak taip) yang sepatutnya kena banned.

Maaf kepada mereka yang telah datang melawat blog ni dan terkena 'Malware Detected!'. Segala kesulitan amat lah dikesali sad.




23 October 2011

Ilham.

Ilham.

Tak semua orang dapat.
Kadang-kadang ia datang, kadangkala ia sepi.
Sungguh beruntung mereka yang memperoleh ilham untuk menulis apatah lagi penulisan itu membawa peringatan dan menyentuh hati sesiapa yang membacanya.

Hijau itu mendamaikan (^_^)y

Moga diri dikurniakan ilham kembali. Insya-Allah smile



Nota : Lama tak menulis, jari kaku di papan keyboard. cry

11 September 2011

Rindu...

Dada sebak.
Pintu bilik air ditutup. Pili di sinki dibiarkan terbuka.
Air mata merembes dengan lajunya.

Ahh, rindunya...


========================================================================


November 2008


"Salam Angah. Semalam Tokki dah pergi................................"


Lidah terkedu. Terpaku di hadapan laptop.
Betul ke apa yang adik ku tulis ni? (pada wall FS)


Telefon bimbit yang baru dibeli semalam untuk menggantikan telefon yang rosak dicapai. Laju tangan menaip dan menghantar mesej kepada Mak untuk mendapatkan pengesahan tentang berita yang mengejutkan tu. Tak menunggu lama sebab jangka Mak tak akan balas mesej dalam masa terdekat dek waktu tu orang di Malaysia mungkin masih tidur. Tutup FS dan paksa diri untuk tidur, lari seketika dari fikiran yang bercelaru.


Keesokan pagi, membaca mesej Mak membuatkan air mata mengalir lagi. Sedih tak sempat bertemu dan mencium arwah buat kali terakhir. Terkilan tak sempat sampaikan tasbih yang Tokki nak. Dan yang mengecewakan, berita ni disampaikan lewat sehari. Mak cakap tak nak bagi Angah risau. Ya Mak, Angah faham dan mengerti akan tindakan Mak tu. Tapi, tak dapat dinafikan hati sedikit terguris :(.


Baru je beberapa hari lepas Angah sempat bercakap dengan Tokki. Masa tu Tokki di dalam wad di Hospital Besut. Mak sekadar menyatakan Tokki dimasukkan ke hospital kerana demam panas. Bercakap dengan Tokki, suara dia lemah. Sekejap je dapat borak dengan Tokki. Tak sangka itu kali terakhir Angah dapat bercakap dengan Tokki, tu kali terakhir Angah kan mendengar suara Tokki dan sungguh tak sangka kata-kata Tokki, "jaga diri molek, blaja sungguh.." merupakan amanat dan pesanan terakhir dari arwah.


=======================================================================


Tokki,


kenapa pergi ketika Angah tiada di sisi?
kenapa pergi sebelum Angah sempat memberi tasbih yang dijanjikan?
kenapa tinggalkan Angah di saat Angah belum dapat membawa pulang ijazah kejayaan yang dijanjikan?
kenapa pergi sebelum Angah sempat bertanyakan jodoh yang sesuai untuk Angah?
kenapa pergi sebelum Tokki menghadiri walimah cucu Tokki ni?


Allah Allah Allah.

Wahai diri, sedarlah! Fikiran mu sedang dihasut.
Apa hak kau untuk mempersoalkan ketentuan Ilahi?
Apa hak kau untuk menyalahkan takdir yang telah tercatat dari dulu lagi??


Astaghfirullah.. Ampunilah dosa-dosa hambaMu ni ya Allah..


Air mata yang masih mengalir dikesat. Wudhu' diambil.


Usai menunaikan solat Maghrib, al-Quran dicapai.
Halaman surah Yassin dibuka.
Hati berbisik,

"Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Tokki yang disayangi. Tempatkanlah arwah bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh. Amin..."



Bacaan dimulakan.



Dalam kenangan dan ingatan,

Allahyarham Haji Busu b. Abdul Rahman


Al-fatihah





Nota: Tokki, Angah rindu...