30 August 2010

Hati itu . .

Picture by purplerainistaken [DeviantArt]

Hati itu..

Mudah dikotori

Sukar dibersihkan

Hati itu..

Payah untuk dijaga

Senang untuk diretakkan

Hakikatnya,

Hati manusia hanyalah satu

Pemiliknya saja yang bisa menentukan

Apakah bentuk dan corak

Hati itu..

19 August 2010

Don't Quit !

DON'T QUIT
~inspirational poem~

When things go wrong, as they sometimes will,
When the road you're trudging seems all uphill,
When the funds are low and the debts are high,
And you want to smile, but you have to sigh,
When care is pressing you down a bit
Rest if you must, but don't you quit.

Life is queer with its twists and its turns,
As everyone of us sometimes learns,
And many a failure turns about
When they might have won, had they stuck it out.
Don't give up though the pace seems slow,
You may succeed with another blow.

Often the goal is nearer than,
It seems to a faint and faltering man,
Often the struggler has given up
When he might have captured the victor's cup;
And he learned too late when the night came down,
How close he was to the golden crown.

Success is failure turned inside out
The silver tint of the clouds of doubt
And you never can tell how close you are,
It may be near when it seems so far;
So stick to the fight when you're hardest hit,
It's when things seem worst that you must not quit!


~Picture by nnia [DeviantArt]

"If you believe you can, you can. If you believe you can't, then, well you can't."

"No matter how the outcome is, it is the effort that counts!"

"Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus asa."

21/8 - 7/9

Mohon doa dari kalian.
Jzkk =)

11 August 2010

Salam Ramadhan

~Picture by al-moghtarib [DeviantArt]

Mulai hari ini
NAFAS ini menjadi TASBIH,

Mulai hari ini
TIDUR ini menjadi IBADAH,

Mulai hari ini
DOA-DOA ini menjadi IJABAH,

Mulai hari ini
PAHALA ini diLIPAT GANDAkan.

Andai semua HARTA adalah RACUN,
Maka ZAKAT PENAWARnya.

Jika seumur HIDUP adalah DOSA,
Maka TAQWA & TAUBAT UBATnya.

Jika seluruh BULAN adalah NODA,
Maka RAMADHAN lah PEMUTIHnya.

Selamat menunaikan ibadah puasa.
Semoga diberkati, dirahmati, diredhai ALLAH SWT & diampuni segala dosa.

~Salam Ramadhan al-Mubarak~

07 August 2010

Doa

DOA
Munsyid : NICE
Album : Istimewa Tiada Dua

Pernahkah dikau rasa
Bagaikan berputus asa
Fikiran bak gerhana
Menanti terbit cahaya

Kepayahan hanya dugaan sementara
Berkat doa kan berakhir jua

Pabila merasa hilang bahagia
Redhakan dirimu menerimanya
Andai kesusahan menjadi ujian
Tetapkan imanmu
Usah hilang pengharapan

Pintalah di ketika
Hidup dikelam nestapa
Semoga dikuatkan
Hati dengan kesabaran

Kepayahan hanya dugaan sementara
Berkat doa kan berakhir jua

Pabila merasa hilang bahagia
Redhakan dirimu menerimanya
Andai kesusahan menjadi ujian
Tetapkan imanmu
Usah hilang pengharapan

Sesungguhnya setiap manusia
Ada ketikanya resah menempuh usia
Pohonlah semoga kau berbahgia
Berserah kepada Yang Maha Esa

Pabila merasa hilang bahagia
Redhakan dirimu menerimanya
Andai kesusahan menjadi ujian
Tetapkan imanmu
Usah hilang pengharapan

Di kala kesulitan
Tabahkan dirimu kawan
Tadah tapak tanganmu
Di situlah ketenangan
Doalah...

*Dapat mesej dari sahabat yang membakar semangat saya kembali [walaupun dia sibuk menguruskan KUNTUM II, dia tetap melayan saya. Syukran sahabat =)] :

Dalam hati ibu berkata :
Pergilah anak. Belajarlah sungguh-sungguh.
Jangan kau lemas dalam kebebasan yang ibu berikan.
Kalau tidak ibu tidak hantarkan kamu ke sana
melainkan ibu percaya penuh kepada kamu.
Kerana kamu anak ibu, sayang~

Dalam jiwa ayah berbisik :
Anakku.
Ayah lepaskan kamu dengan sejuta doa,
moga kamu tidak pernah lupa nama yang kamu bawa di hujung namamu.
Hati ini penuh berharap
agar kamu pulang bawa piala perjuangan anakku!!

Down. . .

picture by Baspunk [DeviantArt]

T__T

05 August 2010

Rabi'atul Adawiyah

" Biar waktu yang akan membuktikan .......

bahwa tiap langkah yang telah dipijakkan,

tiap tetesan darah dan keringat yang telah dialirkan,

tiap jiwa yang telah melayang,

akan sampai pada satu keadaan .......

dimana keadilan adalah nadinya,

kesejahteraan adalah nafasnya,

kebijaksanaan adalah sifatnya,

dan Redha Sang Khalik adalah tujuannya. "
(Rabi'atul Adawiyah)

Indah namanya.
Indah jua akhlak pekertinya.

Rabi'atul Adawiyah merupakan seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah dengan penuh kesabaran. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya dia memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.
Kisah selanjutnya mengenai kehidupan beliau boleh didapati di sini.

Nak kongsi 3 kisah teladan tentang srikandi Islam ini. Moga dapat manfaatnya =).

KISAH 1

Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabi'atul Adawiyah.

Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwuduk, itupun telah buruk. Lantas si pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok tersebut.

Tiba-tiba Rabi'atul Adawiyah menegur si pencuri tersebut, "Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil sesuatu dari rumahku ini." Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka tiada penghuni di pondok tersebut. Dia juga berasa hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang begitu baik hati seperti Rabi'atul Adawiyah. Kebiasaannya tuan rumah pasti akan menjerit meminta tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun lain pula yang berlaku.

"Sila ambil sesuatu." kata Rabi'atul Adawiyah lagi kepada pencuri tersebut.

"Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumah mu ini." kata si pencuri berterus-terang.

"Ambillah itu!" kata Rabi'atul Adawiyah sambil menunjuk pada kendi yang buruk tadi.

"Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga." Jawab si pencuri.

"Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu ambil wudhu' menggunakan kendi itu. Selepas itu solatlah 2 rakaat. Dengan demikian, engkau telah mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok burukku ini." Balas Rabi'atul Adawiyah.

Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi'atul Adawiyah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwudhu' menggunakannya.. Kemudian dia menunaikan solat 2 rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasa sebelum ini.

Rabi'atul Adawiyah lantas berdoa, "Ya Allah, pencuri ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri. Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapan-Mu. Oleh itu janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi nikmat dan rahmat-Mu."

KISAH 2

Pada suatu hari, sekumpulan golongan cerdik pandai telah datang ke rumah Rabi'atul Adawiyah. Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji beliau dengan pelbagai persoalan. Malah mereka telah bersedia dengan satu persoalan yang menarik. Mereka menaruh keyakinan yang tinggi, kerana selama ini Rabi'atul Adawiyah tidak pernah ketandusan hujah.

"Wahai Rabi'atul Adawiyah, semua bentuk kebajikan yang tinggi-tinggi telah dianugerahkan oleh Allah kepada kaum lelaki, namun tidak kepada kaum wanita." Ketua rombongan itu memulakan bicara.

"Buktinya?" Balas Rabi'atul Adawiyah.

"Buktinya ialah, mahkota kenabian dan Rasul telah dianugerahkan kepada kaum lelaki. Malah mahkota kebangsawanan juga dikurniakan kepada kaum lelaki. Paling penting, tidak ada seorang wanita pun yang telah diangkat menjadi Nabi atau Rasul, malah semuanya dari golongan lelaki." Jawab mereka pula dengan yakin.

"Memang betul pendapat tuan-tuan sekalian. Akan tetapi harus diingat bahawa sejahat-jahat pangkat ada pada kaum lelaki juga. Siapa yang mengagung-agungkan diri sendiri? Siapa yang begitu berani mendakwa dirinya sebagai Tuhan? Dan siapa pula yang berkata : "Bukankah aku ni tuhanmu yang mulia?" Dengan tenang, Rabi'atul Adawiyah membalas hujah mereka sambil merujuk kepada Firaun dan Namrud.

Kemudian Rabi'atul Adawiyah menambah lagi, "Anggapan dan ucapan seperti itu tidak pernah keluar dari mulut seorang wanita. Malah semuanya ditimpakan kepada kaum lelaki."

KISAH 3

Suatu hari, Rabi'atul Adawiyah terlihat seseorang sedang berjalan-jalan dengan kepalanya berbalut sambil menagih simpati daripada orang ramai. Kerana ingin tahu sebabnya orang itu berbuat demikian, Rabi'atul Adawiyah bertanya, "Wahai hamba Allah! Mengapa engkau membalut kepalamu sebegini rupa?"

"Kepalaku sakit." Jawab orang itu dengan ringkas.

"Sudah berapa lama?" Tanya Rabi'atul Adawiyah lagi.

"Sudah sekian hari." Jawabnya dengan tenang.

Lantas Rabi'atul Adawiyah bertanya lagi,"Berapa usiamu sekarang?"

Orang itu menjawab,"Sudah 30 tahun"

"Bagaimana keadaanmu selama 30 tahun itu?" Tanya beliau lagi.

"Alhamdulillah, sihat-sihat saja." Jawabnya.

"Apakah kamu memasang sebarang tanda di badanmu bahawa kamu sihat selama ini?" Tanya Rabi'atul Adawiyah.

"Tidak." Jawab orang itu ragu-ragu.

"Masya Allah, selama 30 tahun Allah telah menyihatkan tubuh badanmu, tetapi kamu langsung tidak memasang sebarang tanda bagi menunjukkan kamu sihat sebagai tanda bersyukur kepada Allah. Jika sebaliknya, pasti manusia akan bertanya kepada kamu sebabnya kamu sangat gembira. Apabila mereka mengetahui nikmat Allah kepadamu, diharapkan mereka akan bersyukur dan memuji Allah." Jelas Rabi'atul Adawiyah.

"Akan tetapi, kini apabila kamu mendapat sakit sedikit, kamu balut kepalamu dan kemudian pergi ke
sana sini bagi menunjukkan sakitmu dan kekasaran Allah terhadapmu kepada orang ramai. Mengapa kamu berbuat hina seperti itu?" Sambung Rabi'atul Adawiyah lagi.

Orang yang berbalut kepalanya itu hanya diam seribu bahasa dan tertunduk malu denga perlakuannya. Kemudian dia beredar meninggalkan Rabi'atul Adawiyah dengan perasaan kesal dan insaf.

Kredit : Sumber 1 & Sumber 2

sebuah video yang memaparkan kisah ringkas Rabiatul Adawiyah


Tabahkan hati seperti Maryam ibunya Nabi Isa a.s.
Cekalkan diri seperti Siti Khadijah r.a.
Bersihkan jiwa sebersih jiwa Siti Aisyah r.a.
Dan kuatkan iman seperti RABI'ATUL ADAWIYAH.