29 November 2010

T_T

floating on tears of sadness by zZToraZz [Deviant Art]


for some reason I feel SAD
somehow I feel DISAPPOINTED
sometimes I am CONFUSED


oh DISCOMFORT, please go away from me~!
oh HAPPINESS, please come back to me~
seriously, I want to SMILE again!

16 November 2010

Salam Eidul Adha!

Jangan lupa untuk berdoa

Imam Syafie r.a telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata di dalam kitabnya Al-Umm :

"Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Aidiladha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rejab dan malam Nisfu Syaaban."

Laungkanlah takbir

Sebagai tanda kesyukuran dan mengagungkan Allah SWT. Oleh itu, disunatkan kepada kita mengucapkan takbir dengan mengangkat suara, bermula waktunya dari terbenam matahari malam Hari Raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang Hari Raya. Firman Allah Ta'ala :

Maksudnya : Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.
(Surah Al-Baqarah: 185)

Mandi sunat Hari Raya

Diriwayatkan oleh Ibnu 'Abbas dan Al-Fakih bin Sa'd r.a bahawa Rasulullah SAW melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Aidiladha. Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah.

Memakai pakaian yang sebaik-baiknya, memakai harum-haruman dan menghilangkan segala bau-bau yang tidak elok

Diriwayatkan daripada Ja'far bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya:

Maksudnya: Bahawasanya Rasulullah SAW memakai kain yang bergaris-garis (untuk diperselimutkan pada badan) pada setiap kali Hari Raya.



Salam Eidul Adha! =)

12 November 2010

Tahniah !

Tahniah Kak Lang yang 'banyak tanya' ni! XD
Teruskan berusaha, jangan rasa selesa.
UPSR ini hanyalah satu permulaan.
Moga terus istiqamah dalam menuntut ilmu kerana Allah.
Persiapkan diri untuk menghadapi cabaran seterusnya,
yang pasti lagi hebat dan sukar.
Walau apa pun, teruskan berdoa.
Moga dipermudahkan segalanya.
^_^

02 November 2010

Muhasabah . . .

::29 November 2010::

Melakar kenangan di kota Alexandria@Iskandariah, Mesir.

Sesungguhnya, manusia itu merancang, dan Allah juga merancang. Dan Allah itulah sebaik-baik perancang.
Setiap apa yang berlaku, usah disalahkan takdir Nya.
Apa yang paling penting adalah NIAT.
Moga permusafiran yang penuh dugaan dan cabaran ini mendidik diri kita untuk jadi lebih sabar.
Jadikan pengalaman dan pengajaran lalu sebagai peringatan dalam menjalani kehidupan yang mendatang.
Hadapi dengan senyuman~ (^__^)


Ombak itu menghadirkan ketenangan dalam hati~

Subhanallah! Indahnya ciptaan Allah..

Sharing is caring =D

Manisnya ukhuwah yang terjalin mengatasi pahitnya perjalanan yang dilalui bersama

Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah

Perjalanan itu masih panjang.
Hadapilah segala yang datang dengan tenang.
Laluilah selagi mana adanya peluang.